“Banyak sangat saham ni, nak kaji yang mana satu?”
Sebagai pelabur, semestinya kita mahu urusan pelaburan saham kita mudah. Sebab itu ramai pelabur yang tiada ilmu berharap kepada Buy Call Group Telegram. Kadang-kadang dah dapat buy call pun masih tak tahu nak buat apa.
Kepada pelabur yang ada ilmu pula, mereka tahu asas pelaburan, tetapi hadapi idea block kerana tidak tahu nak kaji saham apa yang berpotensi untuk dibeli. Sudahnya langan screener yang mahal demi trading idea setiap hari.
Oleh sebab kami sering melihat masalah ini kepada pelabur, kami kongsikan cara saring saham berpotensi dengan menggunakan platform daripada CGS-CIMB.
Mari ikuti tutorial yang kami nak kongsikan kepada anda ini.
1. Login Platform Dan Pergi Ke Bahagian Tools
Selepas login platform CGS-CIMB anda, pergi ke bahagian tools seperti yang ditunjukkan pada gambar diatas.
Kemudian, pilih stock filter untuk membuat saringan saham dengan menggunakan platform daripada CGS-CIMB ini.
Sebelum itu ingat ya, sebarang saringan yang diberikan bukannya daripada mana-mana pihak, ini hanya membantu anda mengecilkan skop pilihan saham anda sahaja.
Anda akan dibawakan ke laman seterusnya seperti gambar di atas untuk membuat saringan saham anda. Di sini anda perlu lakukan 3 langkah penting untuk membuat saringan saham anda.
2. Pilih Strategi Pelaburan Pilihan Anda
Langkah pertama, pilih strategi pelaburan anda untuk menyaring saham. Terdapat beberapa strategi pilihan yang telah ditetapkan oleh pihak CGS-CIMB.
Anda juga boleh menetapkan sendiri strategi anda atau mengubah suai strategi yang sedia ada mengikut pilihan anda sendiri.
Seperti contoh di atas, kami memilih strategi saham yang mempunyai momentum yang positif untuk 12 bulan terkini sebagai saringan pertama kami.
3. Pilih Pasaran Pelaburan Anda
Selepas siap menentukan strategi tadi, teruskan kepada langkah kedua iaitu menentukan pasaran mana yang anda hendak kaji. Ada beberapa pasaran negara di atas untuk anda membuat pilihan.
Jika anda hanya nak menyaring saham di Malaysia, boleh pilih pasaran negara Malaysia sahaja seperti contoh diatas.
Jika langkah pertama dan kedua telah dilakukan, tetapi anda rasanya masih terlalu banyak pilihan. Anda boleh teruskan kepada langkah yang ketiga.
4. Pilih Sektor Pilihan Anda
Langkah seterusnya pula hanya jika anda mahukan skop kajian anda lebih tertumpu kepada sektor pilihan anda sahaja.
Contohnya, anda hanya mahu saring kaunter-kaunter saham di sektor teknologi dan pengangkutan sahaja, jadi anda boleh pilih dua sektor tersebut sahaja untuk mengecilkan skop kajian anda.
5. Pilih Saham Untuk Anda Kaji Lebih Terperinci
Selepas siap ketiga-tiga langkah di atas, platform ini akan memberikan senarai saham yang mengikut kriteria yang anda telah tentukan tadi.
Daripada 900 lebih kaunter saham yang didagangkan di Bursa Malaysia, kini anda boleh tumpukan saham yang memenuhi kriteria pilihan anda sahaja.
Jika anda ada mengubah strategi mengikut kriteria anda sendiri, jangan lupa untuk tekan butang save pula nanti.
Satu lagi yang kami nak beritahu kepada anda, saringan ini adalah percuma ya!
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)