• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Ogos 2020

in Fundamental Analisis, Technical Analysis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Ogos 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pejam celik pejam celik, kita pun dah memasuki bulan September dan penghujung tahun 2020 semakin sampai ke penghujungnya.

Apakah yang terjadi kepada pasaran saham kita sepanjang bulan Ogos 2020?

Jika kita lihat daripada segi index FBMKLCI sepanjang bulan Ogos 2020, carta menunjukkan indeks saham negara kita sedang mengalami Downtrend. Bermula pada paras 1,572.61 pada 3 haribulan Ogos kepada 1,525.21 di hujung bulan Ogos 2020.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Namun, sepanjang bulan Ogos 2020 ini, terdapat banyak saham-saham syarikat menunjukkan peningkatan dari segi harga saham-sahamnya yang menakjubkan. Terdapat kaunter saham yang harganya meningkat lebih daripada 200% seperti saham JAG, NICE dan GOB.

Pulangan beratus peratus dalam masa sebulan menggambarkan penjanaan keuntungan dalam pelaburan saham ini sangat mudah kan? Namun awas, untung beratus peratus ini datang daripada ilmu dan pengalaman secukupnya.

10 Saham Patuh Syariah paling untung sepanjang Ogos 2020

Sumber : https://www.majalahlabur.com/saham/top-10-saham-patuh-syariah-paling-untung-ogos-2020/

Daripada 10 kaunter patuh syariah paling untung ini, kami akan pilih tiga kaunter dari sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan lebih terperinci.

Kaunter-kaunter yang terpilih adalah :

  1. BINTAI (Sektor Pembinaan)
  2. MYSCM (Sektor Teknologi)
  3. NICE (Sektor Emas)

1.Bintai Kinden Corporation Berhad (BINTAI) (6998)

Syarikat Bintai mula bekerjasama dengan Kinden Corporation yang merupakan sebuah syarikat mekanikal dan elektrikal terkemuka yang berasal dari negara Jepun pada tahun 1973. Dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam industri kejuruteraan dan pembinaan serta rekod syarikat yang bagus, Bintai sering menjadi pilihan untuk mengedalikan projek-projek kejututeraan di dalam dan juga luar negara.

Syarikat ini berpangkalan di Kuala Lumpur Malaysia dan sudah meperluaskan operasinya di peringkat global seperti di China, Teluk Arab dan seluruh wilayah Asia tenggara.

Harga kaunter Bintai ini pada 3 Ogos 2020, hanyalah 10 sen sesaham, namun harga kaunter ini naik dengan megahnya kepada harga 72 sen seunit. Kenaikan harga sebanyak 62.5 sen sesaham memberi pulangan sebanyak 657% dalam masa sebulan dan menduduki tangga ketiga dalam carta kaunter saham patuh syariah paling untung sepanjang bulan Ogos 2020.

Catalyst Bintai

Sumber : https://malaysiastock.biz/Company-Announcement.aspx?id=1251189

Dalam satu kenyataan yang diumumkan oleh Bintai pada 17 Ogos 2020, syarikat ini telah memeterai Memorandum Persefahaman bersama Nugenerex Immuno-Oncology (Generex) untuk menjalinkan kerjasama di antara mereka.

Generex ini merupakan syarikat di dalam sektor kesihatan dan pharmasuetikal yang berpangkalan di Amerika Syarikat, kerjasama antara dua syarikat ini memberi ruang dan peluang kepada Bintai untuk menceburi sektor kesihatan dan pharmasuetikal.

Inipati Memorandum Persefahaman antara Bintai dan Generex

Dalam memorandum ini, antara intipati yang penting adalah mengenai tanggungjawab dan peranan kedua-dua syarikat berkenaan.

Bintai

Rancangan awal perjanjian ini adalah untuk Bintai menjadi sebagai wakil kepada Generex di Malaysia untuk memasaran dan mengedaran Vaksin SARS-CoV2 yang merupakan vaksin untuk wabak Covid-19 ini.

Namun ini tertakluk kepada  kejayaan Generex dalam penghasilan vaksin tersebut berserta mendapat kelulusan daripada U.S Food and drug Administration (FDA).

Generex

Generex pula bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam penyelidikan dalam penghasilan vaksin SARS-Co2 berserta melakukan ujian klinikal di Amerika Syarikat.

Vaksin Covid-19 yang Generex hasilkan ini masih di dalam fasa pra klinikal dan masih tertangguh daripada mendapat kelulusan daripada FDA.

Teknikal Analysis

Sumber : https://www.malaysiastock.biz/Stock-Chart.aspx?securitycode=6998&mode=D

Secara teknikal, berita tentang kerjasama di antara Bintai dan Generex telah berjaya menarik minat belian para pelabur pada kaunter ini. Carta kaunter Bintai memberi buy signal dimana candle morubozu terhasil berserta volume belian yang tinggi dan meningkat pada tarikh 7 Ogos 2020.

Pada hari berikutnya (18 Ogos 2020), harga kaunter ini meneruskan kenaikan ke paras yang tertinggi iaitu 41.5 sen sebelum aktiviti profit taking terjadi yang menyebabkan harga kaunter ini ditutup pada paras sedikit rendah dari harga pembuka pada hari berkenaan.

Setelah berehat untuk beberapa hari, kaunter ini neneruskan kenaikan untuk dua hari berturut-turut pada 24 dan 25 Ogos 2020. Harga saham kaunter ini naik sehingga ke paras tertinggi yang dibenarkan untuk hari berkenaan, iaitu pada harga 70.5 sen pada 25 Ogos 2020 dan telah membuat ‘All Timie High’.

Namun, kenaikan harga saham ini disertai dengan ketinggian volume yang melampau (Ultrahigh Volume) yang memberikan sedikit pertanda yang kurang baik untuk kaunter ini.

Laporan Kewangan Syarikat Bintai

Pada 26 Ogos 2020, Bintai telah mengumumkan prestasi kewanagan bagi suku tahun pertama tahun ini. Dari laporan kewangan syarikat, Bintai mencatatkan kenaikan prestasi sebanyak 62% untuk suku tahunan terkini berbanding suku tahunan sebelumnya.

Tetapi jika dibandingkan prestasi secara tahunan, Bintai merekodkan kemerostan sebanyak 112% berbanding tahun sebelumnya. Dengan prestatsi kewangan syarikat yang kurang baik, ini menjadi petanda atau signal yang kurang baik pada syarikat ini.

Pandangan Daripada Sudut Teknikal Bintai

Sumber : https://www.malaysiastock.biz/Stock-Chart.aspx?securitycode=6998&mode=D

Terdapat 3 Sell Signal yang jelas pada tarikh 26 Ogos 2020 pada kaunter Bintai ini, antaranya adalah seperti berikut:

  1. Laporan kewangan yang kurang memberangsangkan. Bintai merekodkan kerugian bersih syarikat yang negatif berjumlah RM1.3 juta bagi suku tahun pertama.
  2. Candle ‘Shooting Star’ terbentuk setelah pasaran ditutup pada hari berkenaan.
  3. Volume jualan yang tinggi pada hari berkenaan atas faktor aktiviti profit taking oleh para pelabur.

2. MSCM Holdings Berhad (MYSCM) (0041)

MYSCM atau lebih dikenali dengan nama korporatnya sebagai MSCM Holdings Berhad merupakan salah sebuah syarikat dalam sektor teknologi yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini mempunyai dua segmen utama perniagaan mereka iaitu segmen teknologi maklumat dan segmen pengiklanan dan pencarian.

Untuk segmen teknologi maklumat, syarikat ini meyediakan perkhidmatan seperti penyelesaian pengenalan frekuensi radio (RFID), e-keselamatan, e-perolehan, pengkomputeran awam dan infrastruktur.

Manakala untuk segment pengiklanan dan pencarian pula, syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk mengendalikan kehadiran dalam talian, peniklanan, paltform carian, penerbitan jurnal dikertori  perniagaan dan pemasaran.

Pada pembukaan bulan Ogos 2020, harga bagi sesaham MYSCM ini hanya 45 sen. Namun, pada pengakhiran bulan Ogos 2020, harga bagi sesaham syarikat ini melonjak kepada RM1.61.  Kenaikan sebanyak RM1.16 ini memberi pulangan keuntungan sebanyak 257%% kepada pelabur dalam tempoh genap sebulan.

Ini berjaya meletakKan kaunter ini di tangga ke enam untuk kaunter saham patuh syariah paling untung sepanjang bulan Ogos 2020.

Pemangkin kepada MYSCM

Sumber: http://www.bursamarketplace.com/index.php?ch=36&pg=8&ac=1100343&bb=reportdocument

Bermula dari 26 Ogos 2020, ahli lembaga pengarah dan pemilik saham utama syarikat ini kelihatan mula menambah pemilikan saham mereka dalam syarikat ini. Penambah milikan saham ini bertujuan untuk mengukuhkan dan menambah pengaruh mereka dalam syarikat.

Bagi para pelabur, apabila ahli lembaga pengarah syarikat mula menampak pemilkan saham dalam syarikat mereka, ini akan memberikan petanda baik dan menambah keyakinan kepada para pelabur.

Sumber: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/09/01/mscm-ventures-into-rm80bil-healthcare-industry

Terkini, pada 1 September, berita tentang MYSCM bakal menerokai peluang perniagaan pembekalan ubat-ubtan yang dianggarkan bernilai RM80 bilion telah tersebar di dada akhbar. Menerusi anak syarikatnya yang dikenali sebagai HS Bio Supplies Sdn Bhd (HSBS), MYSCM berhasrat untuk melibatkan diri dalam penyediaan dan penjualan bekalan berasakan bio teknologi, produk kesihatan, peralatan perubatan, produk makanan, vaksin dan lain-lain lagi.

MYSCM juga mendapat kerjasama dari syarikat eMedAsia Sdn Bhd ynag meruapakan mengendalikan platform perubutan atas talian.

Pandangan Daripada Sudut Teknikal MYSCM

Sumber: https://www.malaysiastock.biz/Stock-Chart.aspx?securitycode=0041&mode=D

Harga kaunter ini berada pada lingkungan harga 35 sen sesaham sejak 2017. Pada 20 Julai 2020, kaunter ini berjaya membuat breakout dan meneruskan kenaikan sehingga awal bulan Ogos 2020 sebelum membuat pullback seketika dan meneruskan semula kenaikkan.

Buy Signal

Terdapat tiga buy signal yang jelas pada carta yang boleh diperhatikan, antaranya adalah:

  1. Breakout pada 20 Julai 2020, buat pertama kalinya kaunter ini memecahkan fasa gumpalan sejak tahun 2017.
  2. Three white soldiers, candle ini terbentuk bermula pada 29 Julai sehingga 3 Ogos 2020. Tiga candle morubozu hijau pada fasa kenaikan ini meberi signal yang positif untuk kaunter ini.
  3. Bullish engulfing, pada 17 Ogos 2020, satu candle hijau panjang yang menamatkan downtrend kaunter ini.

3. Niche Capital Emas Holdings Berhad (NICE) (7139)

Niche Capital Emas Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai NICE bagi para pelabur adalah sebuah syarikat yang menjalankan urusniga emas. Mula tersenarai di papan kedua, kini NICE telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.

Syarikat ini berpangkalan di Pulau Pinang dan mempunyai lima anak syarikat yang beroperasi di Malaysia, China dan Hong Kong.

Kaunter Nice ini menduduki tangga ke 9 daripada 10 senarai saham patuh syariah paling sepanjang bulan Ogos 2020. Harga kaunter ini bermula pada 9 sen pada 3 Ogos 2020 sesaham naik sehingga 29 sen sesaham pada penghujung bulan Ogos 2020.

Kenaikan sebanyak 20 sen ini memberi pelabur saham Nice pulangan keuntungan sebanyak 222%% sepanjang bulan Ogos 2020.

Pemangkin Saham Nice

Sumber: https://www.investing.com/news/commodities-news/gold-up-benefitting-from-dollars-decline-to-multiyear-lows-2282081

Berita-berita tentang kenaikan harga emas dunia adalah antara faktor dan catalyst yang kuat mempengaaruhi harga kaunter Nice.

Harga Emas Dunia

Sumber :

Pada pertengahan bulan Julai 2020, harga emas dunia mula menunjukkan kenaikan yang bertereusan. Kenaikan harga emas ini menuju ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu pada paras 2070 satu auns pada 6 Ogos 2020.

Kaunter-kaunter yang berkaitan dengan emas juga ikut  naik dengan harga emas dunia seperti counter Poh Kong, Tomei, Bahvest dan juga Nice, kaunter yang sedang kita bincangkan.

Pandangan Dari Sudut Teknikal NICE

Sumber: https://www.malaysiastock.biz/Stock-Chart.aspx?securitycode=7139&mode=D

Berdasarkan carta, kaunter ini telah menunjukkan buy signal pada 5 Ogos 2020 hasil daripada breakout apabila pasaran ditutup pada tarikh berikut. Pada keesokkan harinya (6 Ogos 2020), kemasukan jumlah belian yang tinggi telah menolak harga saham ini kepada 23sen sesaham.

Pada hari berikutnya (7 Ogos 2020), berlaku Gap Up pada harga saham kaunter ini. Harga ditutup pada 23 sen sehari sebelumnya dan dibuka pada 7 Ogos 2020 dengan harga 35 sen. Naik 52.1% pada pembukaan pasaran.

Namun, volume kaunter ini telah menunjukkan ketinggian melampau (Ultrahigh volume) selama dua hari berturut-turut dan pada penutupan waktu dagangan saham pada 7 ogos 2020, candle shooting star telah terbentuk, dari segi teknikal, sudah memberi tanda tanda kurang baik pada kaunter ini.

Laporan Kewangan Syarikat Nice

Sumber: https://www.malaysiastock.biz/Corporate-Infomation.aspx?securityCode=7139

Nice merekodkan kerugian bersih sepanjang tahun kewangan syarikat terkini. Untuk laporan suku tahunan keempat, syarikat ini berjaya mengurangkan kerugian bersih syarikat sebanyak 21% berbanding suku tahunan sebelumnya dan 5% untuk jumlah kerugian suku tahunan yang sama bagi tahun sebelumnya.

Nampaknya, fundamental syarikat yang kurang baik tidak menjadikan faktor untuk para pelabur dari tidak melabur pada kaunter ini kerana pengaruh kenaikkan harga emas semasa lebih kuat mempengaruhi psikologi pelabur.

Rumusan

Tiga kaunter dari tiga sektor yang berbeza yang kita kupas ini tersenarai dalam 10 kaunter saham paling untung sepanjang bulan Ogos 2020. Secara kasaarnya, ketiga-tiga kaunter ini mempunyai sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan harga saham kaunter ini naik dengan tinggi.

Salah satu signal yang ada pada ketiga-tiga kaunter ini adalah Breakout.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share653ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In