• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Kerana Kegiatan Pengambilan Untung, Indeks Susut 1.44 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung membabitkan indeks penjagaan kesihatan, pasaran ACE  dan tenaga telah mengheret turun dagangan di Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.

Aktiviti ini tercetus apabila para pelabur mengambil peluang mengaut keuntungan selepas bursa tempatan mencatatkan kenaikan semalam, melantun 1.1 peratus dan berlegar dalam zon positif sepanjang sesi urus niaga.

Pada penutup hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 22.14 mata atau 1.44 peratus kepada 1,515.40 daripada 1,537.54 direkodkan pada penutup semalam, sekali gus menghapuskan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan margin yang besar iaitu 874 berbalas 315 manakala 376 kaunter tidak berubah,  461 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 9.4 bilion saham bernilai RM5.42 bilion daripada 11.59 bilion saham bernilai RM5.35 bilion semalam.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penurunan dalam indeks petunjuk berlaku kerana kaunter-kaunter sarung tangan (penjagaan kesihatan) iaitu Hartalega dan Top Glove mencatatkan kejatuhan ketara dalam kalangan indeks dengan masing-masing merosot -9.8 peratus dan  -3.7 peratus.

“Ini susulan penurunan sektoral ke atas sektor sarung tangan baru-baru ini oleh beberapa firma penyelidikan.

“Selain itu, terdapat banyak laporan korporat mengenai beberapa syarikat yang berminat menceburkan diri dalam sektor sarung tangan yang mungkin boleh menimbulkan ancaman kepada harga jualan purata pengeluar sarung tangan sedia ada,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, Hong Leong Financial Group merupakan saham paling untung, mencatatkan kenaikan 3.3 peratus hari ini. Namun, ia masih tidak cukup untuk membawa Indeks Kewangan Bursa ke zon hijau.

Di samping itu, beliau berkata aktiviti penjualan di kaunter ini telah mengheret indek penjagaan kesihatan bursa ketinggalan ke belakang dalam kalangan sektor dengan kerugian sebanyak 4.7 peratus.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing lega empat sen kepada RM7.21 dan RM16.10, Tenaga jatuh 20 sen kepada RM11.04 dan IHH berkurangan tujuh sen kepada RM5.28.

Antara kaunter paling untung, Hong Leong Financial melambung 44 sen kepada RM13.78 dan Batu Kawan dan Vitrox, masing-masing mengukuh 32 sen kepada RM15.38 dan RM12.82.

Saham-saham paling cergas pula, Pegasus susut satu sen kepada tiga sen, Permaju meningkat 6.5 sen kepada 42 sen dan Netx kekal pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 162.12 mata kepada 11,012.24, Indeks FBMT 100 jatuh 158.17 mata kepada 10,808.34 dan FBM 70 berkurangan 214.91 mata kepada 14,608.55.

Indeks FBM Emas Shariah menguncup 237.81 mata kepada 13,059.49 dan Indeks FBM ACE kerugian 414.36 mata kepada 10,850.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 47.85 mata kepada 12,647.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.64 mata kepada 137.50 dan Indeks Perladangan lebih lemah sebanyak 38.92 mata kepada 7,127.86.

Jumlah dagangan di pasaran Utama merosot kepada 5.61 bilion saham bernilai RM4.36 bilion daripada 6.58 bilion saham bernilai RM4.08 bilion.

Jumlah dagangan waran pula mengembang kepada 677.89 juta unit bernilai RM214.84 juta berbanding 451.28 juta unit bernilai RM119.72 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengecil kepada 3.11 bilion saham bernilai RM846.11 juta daripada 4.55 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.

Produk pengguna dan perkhidmatan menguasai 1.32 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.36 bilion), pembinaan (327.99 juta), teknologi (545.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.29 juta), hartanah (717.46 juta), perladangan (148.11 juta), REITs (3.60 juta), dana tertutup (19,000), tenaga (722.63 juta), penjagaan kesihatan (176.65 juta), telekomunikasi dan media (122.11 juta), pengangkutan dan logistik (86.05 juta) dan utiliti (24.62 juta).

— BERNAMA

Share836ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In