Saya pasti ramai yang pernah menaiki pengangkutan e-hailing iaitu Grab. Ramai yang menggunakan aplikasi ini sebagai medium pengangkutan ke destinasi masing-masing. Ianya sangat mudah. Dengan hanya tempahan melalui telefon pintar, pemandu Grab akan tiba ke tempat anda dan menghantar anda ke tempat yang anda mahu.
Operasi Grab kini bukan sahaja memfokuskan kepada penghantaran, tetapi juga merangkumi mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital di lebih 400 bandar di lapan negara Asia Tenggara.
Grab Holdings Limited atau lebih dikenali sebagai Grab merupakan sebuah syarikat teknologi dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura. Grab sebenarnya diasaskan oleh 2 rakyat Malaysia pada tahun 2012 sebagai aplikasi MyTeksi.
Syarikat ini diasaskan oleh Anthony Tan dan Tan Hooi Ling.
Sumber: New Straits Times
Grab tidak disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi Grab Holdings baru-baru ini disenaraikan di Wall Street iaitu Nasdaq.
Syarikat itu telah bergabung dengan Altimeter Growth Corporation, SPAC daripada Altimeter Capital Management dan meraih sebanyak USD4.5 bilion termasuk USD750 juta daripada Altimeter.
Selepas penggabungan dengan Altimeter Growth Corporation, Grab mempunyai nilai pasaran kira-kira USD40 bilion.
Pengerusi Asia Pasifik Nasdaq, Bob McCooey berkata penyenaraian Grab merupakan penyenaraian awam Amerika Syarikat yang terbesar oleh sebuah syarikat Asia Tenggara.
Sumber : The Edge Markets
Setakat 15 Disember 2021, harga saham Grab didagangkan pada USD7.14.
Sebaik sahaja disenaraikan di Nasdaq pada awal bulan Disember 2021, Grab kini dilapor membeli pasar raya Jaya Grocer.
Sumber : Berita Harian
Syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura itu akan mengambil alih kesemua saham biasa dan 75% saham keutamaan Jaya Grocer.
Menurut Grab Holdings Limited, Jaya Grocer akan menjadi anak syarikatnya dan keputusan kewangan jenama pasaraya itu akan disatukan oleh GHL.
Jaya Grocer diasaskan pada tahun 2007 dan merupakan peneraju dalam segmen barangan runcit premium di Malaysia.
Sebelum Grab membeli Jaya Grocer, keluarga Teng iaitu pengasas Jaya Grocer baru sahaja membeli semula saham syarikat daripada AIGF Advisors Pte Ltd.
Difahamkan bahawa Jaya Grocer telah pun dibuka untuk dijual sejak lebih dari setahun yang lalu. Jaya Grocer menerima dua tawaran, satu daripada Carlyle Group Inc dan satu lagi daripada CVC Capital Partners.
Namun, kedua-duanya tidak berjaya direalisasikan.
Kini, Jaya Grocer yang dibeli oleh Grab Holdings Limited dijangka akan dapat membantu meluaskan empayar superapp Grab sendiri.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





