Dengan keadaan dunia yang semakin mencabar hari ini, ramai di kalangan kita mula mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan lebihan.
Salah satu jalan yang dipilih adalah dengan melabur atau berdagang dalam pasaran saham baik di pasaran saham tempatan mahupun di pasaran saham antarabangsa.
Sebagai pelabur muslim, keuntungan daripada pelaburan saham ini juga tidak terlepas daripada kewajipan untuk membayar zakat hasil daripada keuntungan saham tadi.
“Tapi kalau modal kecil je perlu bayar zakat juga ke?”
Sumber: Pusat Pungutan Zakat
Nisab untuk pelabur dalam membayar zakat setakat tahun 2021 ini adalah RM20,299. Jadi jika pelaburan anda kurang daripada jumlah nisab ini, anda masih tidak wajib untuk membayar zakat.
Tetapi jika anda hendak bayar juga atas keuntungan pelaburan anda juga tidak salah.
Cara pengiraan zakat ini ada dua. Satu zakat untuk mereka yang aktif berdagang dalam pasaran saham yang lebih dikenali sebagai trader.
Satu lagi pula adalah untuk pelabur jangka masa panjang atau lebih dikenali sebagai investor. Investor biasanya mempunyai kecenderungan untuk menerima dividen daripada pegangan saham mereka.
Mari kita lihat cara pengiraan zakat bagi seorang trader terlebih dahulu.
Cara Pengiraan Zakat Seorang Trader
Sumber: Pusat Pungutan Zakat
Untuk trader, pengiraan zakat untuk mereka adalah nilai saham semasa yang dipegang dan ditambah dengan baki modal pelaburan dalam akaun CDS, ditolak dengan kos yang berkaitan sebelum jumlah tersebut didarab dengan 2.5%.
Contohnya jika Ali sedang memegang saham A yang bernilai RM50,000 dan baki modal dalam akaun CDS beliau pula adalah RM10,000. Jumlah keseluruhan untuk dua komponen ini adalah RM60,000.
Dan jika kos yang terlibat dalam pembelian saham ini seperti brokerage fee dan stamp duty berjumlah sekitar RM150. Jumlah ini akan ditolak daripada RM60,000 tadi sebelum diarabkan dengan kadar zakat sebanyak 2.5%.
Pengiraannya akan jadi seperti berikut:-
[RM50,000 (nilai saham) + RM10,000 (Baki modal dalam CDS) – RM150 (kos yang terlibat)] x 2.5% = RM1496,25
Cara Pengiraan Zakat Seorang Investor
Sumber: Pusat Pungutan Zakat
Cara pengiraan zakat untuk investor pula hampir sama dengan cara pengiraan zakat untuk trader tadi cumanya ada tambahan hasil dividen.
Contohnya jika Abu memegang saham syarikat B lebih daripada setahun dengan nilai semasa RM60,000 dan telah menerima dividen pada tahun berkenaan sebanyak RM1,000. Dalam masa yang sama Abu mempunyai baki modal dalam akaun CDS-nya sebanyak RM10,000.
Jumlah keseluruhan untuk tiga item tersebut perlu ditambah kemudian menolak dengan kos yang terlibat sebelum didarabkan dengan kadar zakat sebanyak 2.5%.
Contoh pengiraan seperti berikut:-
RM60,000 (nilai saham semasa) + RM10,000 (baki modal dalam CDS) + RM1,000 (Dividen) – RM150 (kos yang terlibat) x 2.5% = RM1,771.25.
Berikut adalah cara pelabur untuk mengira zakat yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan saham yang diperolehi.
Untuk menonton cara kiraan zakat dengan lebih terperinci pula, anda boleh menonton video daripada Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, pengurus Unit Syariah daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP di bawah.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 2 hari + 1 revision ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading X





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)