• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Bina Puri Meterai PPA Bangunkan Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Di Sabah

in Catalyst
A A
Unit Bina Puri Meterai PPA Bangunkan Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Di Sabah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, BP Energy Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)  untuk membangunkan loji jana kuasa solar fotovolta (PV) berskala besar 5.00 megawatt (MWac) di Kunak, Sabah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bina Puri berkata BP Energy akan mereka bentuk, membina, menguji, mentauliahkan, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan itu.

Pengarah Eksekutif Bina Puri Group Datuk Matthew Tee Kai Woon dalam satu kenyataan berasingan berkata tempoh kontrak PPA adalah selama 21 tahun mulai tarikh operasi komersial, yang dijadualkan pada 30 Jun, 2023.

“Kami berharap dapat menyumbang kepada negara ini menerusi penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan hijau. 

“Dengan pengumuman ini, kami berharap dapat memperoleh lebih banyak projek di Malaysia, terutama di Sabah kerana kami juga mempunyai keupayaan dalam sektor lain seperti pembinaan dan pembangunan hartanah,” katanya.

Daripada 10 syarikat yang terbabit di bawah projek solar berskala besar kedua (LSS2) di Sabah, Bina Puri ialah syarikat pertama yang menandatangani PPA dengan SESB.

Matthew Tee berkata ini menandakan pencapaian penting bagi kumpulan ini memandangkan ia merupakan projek jana kuasa pertama Bina Puri di Malaysia, selepas kejayaan penyenaraian anak syarikat kuasanya pada Jun 2017 di Bursa Saham Indonesia.

— BERNAMA

Share283ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In