Apa perkara yang paling susah nak kawal dalam pelaburan saham ni?
Dalam pelaburan saham ini sebenarnya bukan sahaja kita perlukan ilmu atau skills sahaja, tetapi perkara yang paling penting adalah untuk mengawal emosi kita semasa melabur.
Hakikat yang sebenarnya, emosi inilah perkara yang paling sukar untuk dikawal oleh pelabur. Ramai pelabur yang tersungkur ke lembah kerugian kerana gagal mengawal emosi.
Emosi akan mempengaruhi keputusan dalam setiap dagangan kita ketika melabur dan disebabkan itu juga ramai yang bertindak melulu membuat keputusan ketika melabur dan akhirnya menyesal.
Kali ini, kami akan kongsikan 4 jenis emosi dalam pasaran saham yang sentiasa menghantui pelabur.
1. Loss-Aversion Bias
Emosi ini lebih dikenali dengan teknik harapan dimana pelabur tidak mahu menerima hakikat saham yang dibelinya sedang rugi dan berharap saham tersebut akan naik semula suatu hari nanti.
Pelabur yang dipengaruhi emosi ini berasa sayang untuk melepaskan saham pegangannya dan terus berharap agar harga saham tersebut akan naik semula.
Ingat bahawa rugi itu pasti dalam pelaburan saham ini. Yang awalnya rugi sedikit boleh jadi rugi banyak jika dibiarkan begitu sahaja.
2. Bandwagon Effect
Emosi ini adalah emosi yang sering menghantui pelabur terutamanya pelabur baru yang tidak mempunyai ilmu pelaburan yang kukuh.
Situasi ini terjadi apabila pelabur mendengar atau melihat sesuatu saham sedang naik tinggi dan ramai pelabur lain sudah untung besar, maka mereka pun tanpa usul periksa beli saham yang sama.
Padahal ketika mereka membuat pembelian, harga saham tersebut sudah sampai di puncak dan akhirnya apabila mereka beli, pelabur lain pula sudah menjual dan mengakibatkan kerugian yang teruk.
Ini yang kita panggil ‘Tersangkut di puncak bahagia’. Ingat, sebelum beli, kaji dulu!
3. Overconfidence Bias
Situasi emosi ini berlaku apabila pelabur terlalu yakin dan merasakan dirinya lebih bijak berbanding dengan orang lain.
Contohnya jika pelabur berkenaan bekerja dalam industri minyak, pelabur cenderung untuk mengatakan sektor minyak lebih baik berbanding sektor yang lain atas sebab ilmu yang dimiliki.
Hakikatnya pergerakan harga saham memerlukan catalyst dan juga sentimen semasa untuk menggerakkan harga saham tersebut.
Biasa yang overconfidence ni bila dah rugi, dialah yang paling senyap.
4. Risk-Adverse Bias
Risk-adverse bias ini merupakan satu emosi dimana pelabur terlalu takut untuk menghadapi kerugian.
Ilmu pelaburan dah ada tapi takut nak tekan butang beli sebab takut rugi. Pelabur terlalu fokus kepada kerugian dan terlupa ada bahawa ada peluang untuk meraih keuntungan juga.
Pelabur dengan emosi begini sangat terseksa melihat kerugian walaupun jumlah kerugian tersebut sangat kecil daripada modal pelaburannya. Tetapi jika untung dengan jumlah yang sama tidak pula rasa bahagia kerana fokusnya pada rugi bukan pada untung.
Ingat, berapa banyak yang kita sanggup hilang itulah sepatutnya berapa banyak yang kita boleh untung!
Sekian perkongsian tentang emosi pelabur dalam pelaburan saham. Anda ada tak mengalami emosi seperti di atas?
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)