• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Boleh Beli Ke Saham Airbnb?

in Saham Global
A A
Boleh Beli Ke Saham Airbnb?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Apa Itu Airbnb?

Sumber: www.esquireme.com

Airbnb bermula pada tahun 2008. Ia bermula dengan idea dua orang pengasasnya iaitu Brian Chesky dan Joe Gebbia  meletakkan tilam angin di ruang tamu apartmen yang diduduki mereka di San Francisco. 

Mereka menyediakan katil sementara dan juga sarapan pagi kepada tetamu yang menyewa apartmen tersebut. Mereka berdua menyewakan sebahagian daripada ruang apartmen tersebut untuk mengatasi kos sewa yang tinggi. 

Tidak lama selepas itu, Brian, Joe serta Nathan Blecharczyk membangunkan sebuah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan sewa rumah untuk tempoh jangka masa pendek. Begitulah kisah bagaimana syarikat Airbnb bermula. 

Nama syarikat ini diambil daripada “air mattress B&B”. 

Sumber: forbes.com

Airbnb merupakan platform atas talian yang menghubungkan dua pihak iaitu orang yang mahu menyewakan tempat tinggal mereka dan orang yang sedang mencari tempat tinggal di sesuatu kawasan. Kini, perkhidmatan Airbnb meliputi lebih dari 100,000 bandar dan 220 negara di seluruh dunia. 

Beberapa Kunci Penting Perniagaan Airbnb

  1. Pelanggan boleh menempah Airbnb pada kos yang lebih rendah berbanding bilik hotel.
  2. Risiko kepada pelanggan adalah tempat tinggal yang disediakan mungkin tidak sama dengan apa yang dipaparkan di laman sesawang.
  3. Risiko kepada pemilik hartanah pula adalah tempat kediaman pemilik berpotensi mengalami kerosakan yang dilakukan oleh pelanggan.
  4. Airbnb memberi peluang kepada pemilik kediaman / hartanah untuk menjana pendapatan sampingan.
  5. Airbnb memberi opsyen kepada pelancong untuk menyewa di sesuatu tempat. 
  6. Airbnb sangat mudah digunakan.

Kisah IPO Airbnb

  1. Prospektus Airbnb telah dikongsikan kepada umum pada 16 November 2020.
  1. Harga IPO Airbnb adalah USD68 sesaham.
  1. Airbnb dibuka pada harga USD146 sesaham pada hari pertama ianya disenaraikan.
  1. Airbnb disenaraikan di Papan Nasdaq.
  1. Airbnb didagangkan dengan simbol ABNB.
  1. Airbnb disenaraikan pada 10 Disember 2020. 
  1. Pada awalnya Airbnb sepatutnya disenaraikan lebih awal pada tahun 2020. Perancangan tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan perolehan syarikat jatuh mendadak kesan daripada pandemik Covid-19. 
  1. Harga saham Airbnb ditutup pada harga USD144.71 pada hari pertama ianya disenaraikan dan memberikannya market cap setinggi USD86.5 bilion, iaitu 2 kali ganda daripada harga IPO Airbnb.

Masa Depan Airbnb

Sumber: forbes.com

Idea perniagaan Airbnb ini sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Ia membuka peluang perniagaan kepada pemilik kediaman dan juga memberi lebih pilihan kepada orang yang sedang mencari tempat tinggal untuk jangka masa pendek di sesebuah kawasan. 

Namun, apakah masa depan Airbnb? Adakah Airbnb masih ada sinarnya atau sebaliknya?

Dua tahun kebelakangan ini, Airbnb turut terjejas dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan berkata tetamu sekarang tidak hanya menggunakan servis Airbnb untuk melancong tetapi ramai yang sudah mula menggunakan servis ini untuk jangka masa yang lebih lama.

Untuk suku pertama 2021, 24% tempahan yang dibuat adalah untuk penginapan lebih dari 28 malam. Hal ini kerana kerja luar dari pejabat telah menjadi semakin popular ketika pandemik ini. 

Sekiranya ini berterusan, Airbnb dijangka akan terus menjadi pilihan orang ramai untuk tujuan melancong dan juga untuk bekerja. 

Harga Saham Airbnb

Harga saham ABNB setakat 19 November 2021 adalah USD196.42. 

Sumber :

Status Syariah Airbnb 

Sumber: Islamicly

Menurut Islamicly, saham Airbnb merupakan saham patuh syariah. Bagi pelabur yang beragama Islam, maka anda tidak perlu ragu-ragu lagi mengenai status syariah saham ini.

Saham Airbnb ini boleh beli ataupun tidak, ia bergantung kepada kajian fundamental & teknikal yang anda lakukan. Artikel ini bukanlah satu saranan belian. Sebarang pembelian saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.

Sumber:

  1. Investopedia
  2. Airbnb
  3. CNBC
  4. The Motley Fool
  5. The New York Times

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share294ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In