• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Top 5 Saham Syarikat Patuh Syariah Dengan Modal Pasaran Terbesar

in Fundamental Analisis
A A
Top 5 Saham Syarikat Patuh Syariah Dengan Modal Pasaran Terbesar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apa syarikat yang paling mahal dekat Malaysia ni?

Nilai sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham boleh dilihat pada modal pasaran syarikat tersebut atau lebih dikenali sebagai market capitalization (market cap). 

Formula market cap adalah seperti berikut:-

Artikel kali ini, kami akan kongsikan top 5 saham syarikat patuh syariah yang paling mahal nilainya didagangkan di Bursa Malaysia.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

  1. Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM)

Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM) merupakan syarikat pengeluar kimia bersepadu di Malaysia.  Saham syarikat ini majoritinya sekitar 64.35% daripada keseluruhannya dimiliki oleh Petroliam Nasional Berhad.

PCHEM mempunyai 8 bilion unit saham yang didagangkan di pasaran saham dan harga seunit saham ini adalah sekitar RM8.31. Ini menjadikan syarikat ini mempunyai modal pasaran sekitar RM66.48 billion. 

  1. IHH Healthcare Berhad (IHH)

IHH Healthcare Berhad merupakan syarikat dalam sektor kesihatan yang memiliki beberapa rangkaian hospital dan penyediaan perkhidmatan rawatan di Malaysia. 

IHH mempunyai lebih 8.79 bilion unit saham yang didagangkan dan sekitar 32.86% daripadanya dimiliki oleh Mitsui & Co Ltd yang juga pemegang saham terbesar dalam IHH. 

Harga saham ini adalah sekitar RM6.48 seunit dan ini menjadikan modal pasaran syarikat ini bernilai sekitar RM56.69 billion.

  1. Tenaga Nasional Berhad (Tenaga)

Tenaga Nasional Berhad (Tenaga) merupakan syarikat pembekal tenaga elektrik ke rumah dan premis perniagaan di Malaysia. 

Tenaga mempunyai lebih daripada 5.73 bilion saham dan sekitar 25.59% daripadanya dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad yang juga merupakan pemegang terbesar kepada syarikat ini. 

Harga saham Tenaga pula adalah sekitar RM9.60 seunit dan ini menjadikan nilai pasaran syarikat ini sekitar RM55.02 bilion.

  1. Press Metal Aluminium Holdings Berhad (PMETAL)

Press Metal Aluminium Holdings Berhad (PMETAL) merupakan syarikat pengeluar dan pembekal bahan aluminium dan besi di Malaysia. 

PMETAL mempunyai sekitar 8.07 bilion unit saham yang didagangkan di pasaran saham dan 22.27% daripadanya dipegang oleh Alpha Milestone Sdn. Bhd. 

Harga saham syarikat ini pula adalah sekitar RM5.24 dan ini menjadikan nilai pasaran PMETAL sekitar RM42.72 bilion. 

  1. Axiata Group Berhad (AXIATA)

Axiata Group Berhad merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan telah berkembang ke beberapa negara lain seperti di Indonesia, Nepal, Sri Langka dan Bangladesh. 

Axiata mempunyai lebih daripada 9.174 bilion unit saham yang didagangkan di pasaran saham dan 36.75% daripadanya dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad. 

Harga seunit saham Axiata pula adalah sekitar RM3.90 dan ini menjadikan modal pasaran syarikat ini bernilai sekitar RM35.78 bilion. 

Maklumat artikel ini diambil daripada website Bursa Marketplace pada tarikh 15 November 2021 berdasarkan saringan syarikat patuh syariah di Bursa Malaysia ketika itu. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share722ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In