Sehingga kini masih ramai yang tak suka beli saham mahal. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Sudah menjadi norma, ramai orang tak beli barang mahal tetapi memilih untuk beli barang yang murah. Maka, di sinilah menjadi kesilapan ramai pembeli kerana melihat pada harga yang murah berbanding dengan kualiti barang tersebut.
Betul ke saham mahal harganya sukar untuk naik lagi?
Nak tahu betul ataupun tidak, jom kita buat kajian terhadap beberapa saham di Wall Street.
Kenapa Wall Street? Pada kebiasaannya saham-saham di Wall Street harganya jauh lebih tinggi daripada saham di Bursa Malaysia. Ini menjadi antara punca pelabur tempatan belum melabur di Wall Street lagi. Tidak mengapa, cuba lihat contoh-contoh di bawah.
Saham-saham ini mungkin anda akan kata mahal.
- Apple Inc (AAPL)
Mungkin saham ini belum cukup mahal bagi anda. Jom teruskan lihat saham-saham yang lain pula.
- Nvidia Corporation (NVDA)
- Adobe Inc (ADBE)
- Tesla Inc (TSLA)
- Alphabet Inc Class A (GOOGL)
- Amazon.com Inc (AMZN)
Bagaimana pula sekarang? Anda masih berpendapat saham mahal tidak menguntungkan?
Ada daripada saham tersebut naik lebih dari 100%! Lebih baik anda beli saham mahal berbanding saham murah yang terus menjadi murah.
Saham yang mahal boleh jadi semakin mahal.
Anda mungkin tidak tahu yang sebenarnya anda tidak perlu membeli sehingga 100 unit saham di Wall Street.
Memanglah di Bursa Malaysia, minima pembelian saham adalah 1 lot atau bersamaan dengan 100 unit. Di Wall Street pula, anda boleh beli saham dengan kuantiti serendah 1 unit saham.
Lihat contoh di bawah. Nak beli saham Apple?
Sumber: Investing.com (8 November 2021)
Anda hanya memerlukan modal sebanyak USD151.28 atau RM628.69 untuk membeli 1 unit saham Apple.
Sumber: XE.com
Tetapi ini bukan buy call ya. Ini hanyalah contoh sebagai tujuan pembelajaran sahaja.
Peringatan: Apabila kita mahu melabur dengan membeli saham syarikat yang masih kecil, harga saham itu kebiasaannya rendah. Tetapi risiko syarikat itu untuk gagal adalah tinggi. Kemungkinan duit kita hangus juga lebih tinggi.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




