Sebut sahaja mengenai Amway, ramai yang akan mengenali jenama ini melalui produk suplemen yang dijual oleh syarikat ini. Antara produknya yang dikenali ramai adalah suplemen yang dipasarkan oleh syarikat tersebut. Produknya sangat laris lebih-lebih lagi ketika pandemik ini kerana orang ramai mula sedar terhadap kepentingan produk penjagaan kesihatan untuk mengekalkan kesihatan diri.
Sumber: Amway
Amway Malaysia adalah sebuah syarikat jualan langsung yang dilesenkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Amway Malaysia ditubuhkan pada tahun 1976 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 1996.
Sumber: Amway
Tahukah anda Amway memulakan operasi di Jalan Ipoh pada tahun 1976 dengan hanya 5 orang kakitangan?
Produk
Sumber: Amway
Ramai yang mungkin tidak menyangka bahawa Amway bukan sahaja menjual produk kesihatan diri tetapi produk Amway merangkumi minuman tenaga, produk kecantikan, produk penjagaan diri, produk penjagaan kanak-kanak, produk penggunaan rumah dan penjagaan kebersihan rumah.
Prestasi Kewangan Amway
Sumber: malaysiastock.biz
Amway memiliki prestasi kewangan yang sangat positif dengan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 29.11 sen sesaham dan Return on Equity (ROE) yang direkodkan adalah setinggi 21.40%. Nilai EPS dan ROE yang tinggi menandakan Amway berjaya mencatatkan perolehan dan pendapatan yang baik.
Sumber: malaysiastock.biz
Berdasarkan data yang diambil daripada malaysiastock.biz, Amway tidak pernah mengalami kerugian sejak tahun 2012 lagi. Jumlah perolehan bagi tahun 2020 adalah merupakan yang tertinggi sejak 2012 namun margin keuntungannya hanyalah 4.1% kerana keuntungan bersih yang dicatatkan semakin menurun jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Sumber: Amway
Maklumat kewangan 5 tahun terakhir Amway adalah seperti yang tertera di atas. Perolehan jualan Amway adalah yang tertinggi pada tahun 2020 namun keuntungan bersih yang dicatatkan adalah yang terendah dalam tempoh 5 tahun tersebut.
Public Float
Saham Amway boleh dianggap sangat ringan kerana bilangan unit sahamnya adalah hanya 164.39 juta unit. Public float saham ini adalah sebanyak 67.09 juta unit. Ini menjadikan free float saham Amway adalah 40.8%.
Untuk pengetahuan anda public float adalah jumlah saham yang aktif didagangkan di pasaran saham secara terbuka.

Sumber:
Baca artikel di bawah untuk memahami floating stock dengan lebih mendalam.
Baca: Apa Itu ‘Floating Stock’ Dalam Pelaburan Saham?
Siapa Pemegang Utama Saham Amway?
Sumber: Bursa Market Place
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Bursa Market Place, pemegang utama saham Amway adalah Alticor Global Holdings Inc dengan pegangan sebanyak 51.70%.
Pelabur institusi tempatan dapat dilihat dalam senarai di atas seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Employees Provident Fund Board, Public Mutual Berhad dan Public Dividend Select Fund.
Kebiasaannya jerung seperti ini hanya akan melabur ke dalam syarikat yang konsisten membuat keuntungan dan konsisten memberi dividen pada setiap tahun.
Dividen
Sumber: malaysiastock.biz
Amway tidak pernah putus memberi dividen kepada pemegang sahamnya sejak tahun 2011. Walaubagaimanapun, dividen yang diagihkan semakin menurun. Untuk 4 tahun terakhir iaitu daripada tahun 2017 sehingga tahun 2020, Amway konsisten memberi dividen sebanyak 27.50 sen bagi setiap unit saham yang dimiliki pemegang saham.
Sebagai contoh, Ali mempunyai 1,000 unit saham Amway. Pada tahun 2020, Ali akan menerima dividen sebanyak RM275.
Dividen merupakan salah satu cara syarikat berkongsi keuntungan bersama-sama pemegang sahamnya.
Berdasarkan rekod, Amway Malaysia Holdings Berhad tidak pernah melaksanakan bonus issue dan right issue.
Siri pengenalan saham ini adalah untuk berkongsi contoh syarikat dari sektor perkhidmatan & produk pengguna kepada pembaca. Untuk makluman anda, ini bukanlah satu saranan belian. Sebarang pembelian dan penjualan saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.
Semoga kita sama-sama mengenali lebih banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sebagai tujuan pembelajaran.
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)