• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kenali Saham Siri 3 : Pentamaster

in Fundamental Analisis
A A
Kenali Saham Siri 3 : Pentamaster
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pentamaster Corporation Berhad, sebuah nama yang tidak asing bagi pelabur saham Bursa Malaysia. Syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan merupakan sebuah syarikat yang dikategorikan dalam sektor teknologi.

Sebelum itu, apa kata kita selidiki latar belakang sejarah syarikat ini. Pentamaster sebuah syarikat pembuatan automasi dan penyedia penyelesaian teknologi ditubuhkan pada tahun 1991 dan terletak di Pulau Pinang, Malaysia. 

Klien Pentamaster merangkumi pelbagai sektor seperti semikonduktor, komputer, automotif, elektrikal & elektronik, farmaseutikal, peranti perubatan, makanan & minuman dan elektronik pengguna. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber: The Star

Pentamaster mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 11 Oktober 2004 dan menggunakan simbol nama Penta. 

Jangan risau kerana saham Penta adalah berstatus patuh syariah.

Sumber: malaysiastock.biz

Tahukah anda Pentamaster turut tersenarai di pasaran saham Hong Kong?

Sumber: Pentamaster

Dua sumber utama pendapatan Pentamaster adalah daripada segmen penyelesaian automasi kilang dan peralatan ujian automatik (ATE). Terdapat peningkatan yang dilakukan daripada tahun 2017 sehingga 2019, namun berlaku sedikit kemerosotan pada tahun 2020. 

Sumber: Pentamaster

Model Perniagaan

Sumber: Pentamaster

Model perniagaan Pentamaster terdiri daripada 2 segmen utama iaitu Automated Test Equipment (ATE) dan Factory Automation Solutions (FAS).

Segmen penyelesaian peranti perubatan baru sahaja ditubuhkan pada suku ketiga 2020.

Fasiliti Pentamaster

Pentamaster memiliki dua fasiliti pengeluaran dan kedua-duanya terletak di Pulau Pinang.

Baru-baru ini Pentamaster telah melabur sebanyak RM120 juta dalam fasiliti yang baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran memandangkan permintaan terhadap penyelesaian automasi yang semakin meningkat.

Baca: Pentamaster investing RM120mil in new plant

Sumber: The Star.

Fasiliti dalam gambar rajah adalah fasiliti Pentamaster yang sedia ada.

Fasiliti baru ini akan mengembangkan perniagaan automasi bagi menampung permintaan daripada industri, peranti perubatan, logistik, telefon pintar dan sektor automotif. 

Prestasi Kewangan Syarikat

Dari sudut prestasi kewangan syarikat pula, perolehan dan keuntungan bersih Penta meningkat sejak tahun 2012 sehingga 2019. Berlaku sedikit kemerosotan pada tahun 2020 dipercayai terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Pentamaster dipercayai akan mampu meningkatkan prestasi kewangan syarikat bagi baki tahun kewangan ini.

Sumber: malaysiastock.biz

Setakat suku kedua tahun kewangan 2021, Penta telah menjana perolehan sebanyak RM245.8 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM34.0 juta. 

Strategi Pertumbuhan Syarikat

Sumber: Pentamaster

Pentamaster telah merancang beberapa strategi bagi meningkatkan pertumbuhan syarikat. Berikut merupakan strategi-strategi yang direncanakan.

  1. Mempelbagaikan produk / penyelesaian
  • Membangunkan penyelesaian yang lebih mendalam terhadap e-mobiliti dengan elektrifikasi industri pengangkutan & automotif.
  • Mengintegrasikan dan mereka bentuk penyelesaian mengikut kesesuaian segmen elektro-optik.
  1. Mempelbagaikan geografi
  • Mengembangkan perniagaan ke rantau China.
  • Mengukuhkan kehadiran syarikat ke dalam pasaran automotif (Jepun / Jerman)
  1. Mempelbagaikan segmen perniagaan
  • Mengembangkan segmen perubatan dengan agresif
  • Mengadaptasi Industri 4.0 dan IoT melalui penyelesaian i-ARMS

Sumber: Pentamaster

Pemegang Utama Syarikat

Sumber: Bursa Market Place

Pemegang utama saham syarikat ini adalah Encik Chuah Choon Bin iaitu pengarah eksekutif Pentamaster. Terdapat beberapa pelabur institusi dalam dan luar negara yang turut memegang sejumlah besar saham ini.

Peers 

Sumber: BursaMarketPlace

Pentamaster berada dalam industri yang sama dengan syarikat-syarikat seperti Greatec, UWC, Genetec, dan SAM. Syarikat-syarikat ini mengeluarkan produk seperti peralatan teknologi dan industri.

Perbelanjaan Modal, Projek Pelaburan, Corporate Exercise

  • RM60 juta diperuntukkan untuk mengembangkan division perubatan bagi tahun 2021 sehingga 2023.
  • RM25 juta diperuntukkan untuk mengembangkan fasiliti pada tahun 2021 bagi kilang di Bayan Lepas dan Batu Kawan.
  • Mencadangkan Bonus Issue 1 saham baru bagi setiap 2 saham sedia ada, dan mencadangkan penukaran saiz Board Lot daripada 4000 saham kepada 2000 saham. Ia bergantung kepada persetujuan pemegang saham pada AGM yang akan datang.

Kesimpulannya, Pentamaster merupakan salah sebuah syarikat teknologi yang gah di Malaysia. Berdasarkan perkongsian di atas, anda sudah tentunya lebih mengenali Pentamaster secara lebih mendalam. Semoga Pentamaster akan terus berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi dunia. Artikel ini hanyalah sebagai satu bentuk perkongsian dan pengenalan saham kepada anda. Tiada sebarang saranan belian dilakukan di sini.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share377ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In