• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Tiada Idea Nak Kaji Saham Apa? Ini Penyelesaiannya

in Asas Saham
A A
Tiada Idea Nak Kaji Saham Apa? Ini Penyelesaiannya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Aku faham kajian fundamental dan teknikal, tapi aku takda idea nak kaji saham apa sekarang ni

Dalam pelaburan saham, kita ada dua cara untuk menganalisa saham iaitu dengan cara analisa fundamental dan juga analisa teknikal. 

Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini? 

Yang menjadi masalah pelabur terutamanya mereka yang masih baru dalam dunia pelaburan saham ini adalah mereka tidak tahu saham apa yang perlu dikaji.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Di Bursa sahaja ada lebih daripada 900 saham syarikat yang didagangkan dan daripada jumlah tersebut, ada lebih daripada 700 saham yang patuh syariah.

Persoalannya, daripada 700 lebih saham patuh syariah itu, saham apa yang nak dipilih untuk membuat kajian terutamanya kajian fundamental syarikat tersebut. 

Artikel kali ini akan membantu anda untuk memilih saham apa yang boleh anda pertimbangkan untuk dikaji. 

Lihat Apa Yang Ada Dalam Radar Analyst Pasaran

Untuk memudahkan kita sebagai pelabur untuk mencari saham apa yang perlu dikaji, kita lihat syarikat apa yang penganalisa pasaran sedang melakukan kajian. 

Biasanya penganalisa pasaran ini akan membuat kajian terhadap saham-saham syarikat yang mereka jangka mempunyai potensi dari sudut fundamental mahupun teknikal. 

Bagaimana nak lihat saham apa yang analyst sedang kaji?

Salah satu caranya adalah dengan melihat di bahagian Research platform broker masing-masing. 

Sumber: Platform CGS-CIMB

Di bahagian research ini biasanya pihak broker akan berikan trading idea berdasarkan analisa teknikal dan juga laporan penyelidikan terhadap syarikat-syarikat yang berada dalam radar kajian mereka. 

Sumber: Platform CGS-CIMB

Contoh seperti di atas, di bahagian equities ini adalah trading ideas dan juga laporan kajian terhadap syarikat yang telah dilakukan oleh penganalisa daripada broker CGS-CIMB. 

Ianya bukanlah buy call daripada broker, tetapi perkongsian terhadap saham yang dilihat mempunyai potensi untuk naik ataupun saham yang mereka rasakan mempunyai risiko untuk jatuh. 

Tetapi bagaimana jika kita nak tahu kajian daripada broker lain? 

Jika kita nak tahu kajian daripada broker lain selain broker kita, cara yang paling  mudah adalah membuka akaun CDS dengan broker lain supaya kita boleh melihat saham syarikat yang berada dalam radar mereka. 

Baca: Kenapa Perlu Ada Lebih Daripada Satu Akaun CDS? 

Ataupun kita boleh gunakan perkhidmatan Bursa Marketplace secara percuma untuk melihat saham-saham syarikat yang sedang berada dalam radar analyst. 

Guna Bursa Marketplace Untuk Cari Idea Saham

Jika kita nak cari idea untuk membuat kajian saham, kita boleh gunakan Bursa Marketplace ini sahaja sebenarnya.

Mari kita lihat cara untuk mencari idea saham kajian dengan menggunakan Bursa Marketplace. 

Sumber: Bursa Marketplace

Selepas login Bursa Marketplace, pergi kebahagian tools dan tekan bahagian research report untuk melihat kajian saham syarikat yang sedang berada dalam radar analyst. 

Sumber: Bursa Marketplace

Kemudian saring untuk tempoh satu bulan terkini dan hanya klik pilihan research sahaja untuk melihat saham-saham terkini yang dikaji oleh penganalisa pasaran. 

Sumber: Bursa Marketplace

Selepas membuat saringan tadi, kita akan dapat melihat syarikat-syarikat terkini yang berada dalam radar broker yang telah dikaji oleh mereka. 

Kita boleh buka dan baca apa yang mereka laporkan dan seterusnya membuat kajian kita sendiri seperti membuat kajian CANSLIM terhadap syarikat tersebut. 

Baca: Analyst Guna Formula CANSLIM Untuk Analisa Saham? 

Selepas melakukan cara yang dikongsikan di atas, selesai tak masalah anda yang tidak tahu nak kaji saham apa tadi?

Semoga artikel ini bermanfaat kepada pembaca semua. 

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Memang berbaloi……

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

DAFTAR WEBINAR SWING TRADING
Share551ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In