Kita selalu disajikan dengan ilmu analisa teknikal yang mengajar kita bila nak beli sesuatu saham tetapi jarang pula orang mengajar bila masa terbaik untuk jual saham tersebut.
Sebelum kita teruskan, satu perkara yang anda harus ingat adalah bila anda nak take profit tidak menjadi satu masalah. Apa yang paling penting adalah anda membuat keuntungan. Anda nak jual setelah saham naik 5% boleh, 10% boleh, dan nak tunggu sehingga 30% pun boleh.
Sesetengah pelabur mungkin meletakkan sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10% sebulan. Ini juga tidak menjadi masalah. Sekiranya anda berjaya membuat 10% setiap bulan secara konsisten, berikan tepukan kepada diri anda.
Baca: Beli Saham Sebab Breakout, Jual Sebab Nak 10%
Dah beli saham dan saham tersebut pula naik tinggi. Mesti seronok bukan?
Anda mungkin membeli saham ini ketika ia baru sahaja membuat breakout ketika harganya masih murah.
Lihat gambar di bawah.
Sumber :
Katakanlah anda membeli saham ini ketika ia breakout. Lepas tu, bila pula nak jual?
Saham yang breakout dan naik tinggi sebaiknya biarkan ia terus naik sehinggalah adanya sell signal.
Salah satu daripadanya adalah apabila saham dah patah trendline.
Patah Trendline
Sumber :
Bila saham dah mula membuat kenaikan, anda boleh lukiskan trendline. Selagi saham berada di atas trendline, selagi itu kita boleh layan kenaikan saham tersebut dengan senang hati.
Nak lukis trendline ini, anda boleh lukiskan trendline short term dan trendline mid term. Contohnya seperti dalam carta di atas. Sekiranya saham patah trendline yang pertama, anda sudah boleh merancang untuk menjualnya. Sekiranya belum jual juga, saham tersebut sekali lagi mematahkan trendline yang kedua sekaligus mengakhiri uptrend yang dibuat pada bulan tersebut.
Carta telah memberitahu anda apa yang anda perlu lakukan. Jika ada sell signal, boleh lah jual dan ambil keuntungan yang telah dibuat.
Guna Indikator Sebagai Trailing Take Profit
Sumber :
Selain daripada menggunakan trendline, anda juga boleh gunakan indikator mudah seperti Moving Average untuk trailing take profit.
Moving Average boleh dijadikan sebagai dynamic support yang menjadi sokongan kepada saham. Sekiranya carta menunjukkan candlestick telah mematahkan garisan MA, maka pelabur sudah boleh bersedia mengambil keuntungan masing-masing.
Moving Average yang boleh digunakan adalah seperti MA 10 kerana kita mahu mengambil keuntungan secepat mungkin sebaik sahaja saham tersebut menukar trend. Sekiranya anda ingin tetapkan nilai Moving Average yang lain juga boleh dan ia bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Ada banyak lagi teknik lain yang anda boleh gunakan sebagai teknik mengambil keuntungan apabila saham dah naik tinggi. Nantikan artikel seterusnya!
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)