• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AAV Akan Suntik 3.9 Bln Baht Ke Dalam AirAsia Thai Di Bawah Pelan Penstrukturan Dan Pemodalan Semula

in Berita
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Asia Aviation Public Company Ltd (AAV) akan menyuntik 3.9 bilion baht (RM485.93 juta) ke dalam Thai AirAsia Co Ltd (TAA) menerusi penerbitan ekuiti baharu di bawah Pelan Penstrukturan dan Pemodalan Semula AAV/TAA.

TAA adalah anak syarikat tidak langsung AirAsia Group Bhd (AAGB).

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata suntikan itu akan meningkatkan pemegangan langsung AAV dalam TAA daripada 55 peratus kepada 69.2 peratus, dan ini sekali gus, mengurangkan pemegangan langsung AirAsia Aviation Ltd (AAA) dalam TAA kepada 30.8 peratus daripada 45 peratus sebelum itu.

AAA adalah anak syarikat milik penuh AirAsia Group.

“Keseluruhan hasil daripada penerbitan ekuiti baharu itu akan digunakan oleh TAA untuk membayar semula sebahagian daripada baki antara syarikat yang masih berhutang kepada AAGB dan anak syarikatnya. Susulan daripada itu, AAA akan menjual 30.8 peratus pegangan sahamnya yang bersamaan dengan 19.6 juta saham dalam TAA pada harga 3.8 bilion baht (RM473.46 juta),” katanya.

AirAsia Group  berkata penstrukturan semula itu akan menguntungkan TAA berikutan penyelarasan semula proses membuat keputusan, yang membolehkan TAA (menerusi AAV) memanfaatkan pasaran modal dengan lebih signifikan dan berdaya saing pada masa depan.

“Selain itu, selepas selesai kelak, kepentingan pemegangan saham AirAsia Group dalam TAA akan menerusi saham AAV yang disenaraikan dan diniagakan, berbanding pemegangan saham TAA yang tidak tersenarai secara langsung pada waktu ini,” katanya.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In