Cerita pasal saham, semestinya kita teruja untuk membuat keuntungan dengan cepat. Kalau boleh beli jam 10 pagi, jam 10.30 pagi dah jual dengan keuntungan yang padu.
Namun, jangan pula kita terpedaya dengan beberapa perkara berikut. Takut nanti kita beli di puncak bahagia, dan harga mula turun. Lepas tu kita pula jenis tak pandai nak Cut Loss, maka niat awal untuk buat keuntungan short-term, terpaksa pula peram long-term dan berharap agar harga naik semula.
Cuba elakkan daripada membeli saham apabila nampak beberapa perkara berikut:
1. Senarai Top 30 Kaunter Yang Berkelip-Kelip Hijau Waktu Pagi
Bila berkelip-kelip laju kita saksikan terutamanya dalam senarai Top 30 yang paling aktif (Top Active), ini menandakan transaksi jual beli yang banyak sedang berlaku.
Lagi menarik apabila hijau memenuhi skrin, memang orang ramai sedang dalam mood membeli. Lebih ramai pembeli berbanding penjual.
Harga saham pula naik banyak. Ada yang naik 10%, ada yang naik 20%, ada yang naik 30%.
Kita yang tengok memang teruja sangat. Tangan tak sabar nak tekan butang ‘Buy’.
Tapi nanti dulu, jangan gatal sangat tangan tu. Bukak dulu chart, tengok chart sedang cakap apa.
Tengok juga ada ke news atau catalyst yang menyebabkan volume tiba-tiba banyak. “Pokok takkan bergoyang kalau takde angin”.
Kawal sedikit nafsu. Takut kalau kita beli, kesudahannya kita tersangkut di puncak.
2. Saham Penny Stock Yang Sedang Rugi
Di antara saham-saham yang mendapat perhatian orang ramai adalah saham penny stock. Lagi murah lagi bagus, super penny di bawah 20 sen.
Ini kerana saham yang murah memang mudah untuk dimanipulasi. Saham yang murah, cepat saja harganya meningkat naik.
Maklumlah, saham yang murah setakat queue beli 5,000 lot baru berapa ribu RM kan? Boleh dikatakan dalam sekelip mata saja harga saham boleh naik beberapa bid.
Sebelum tangan gatal nak beli saham penny stock ini, tengok juga Quarter Report atau QR syarikat.


Sebagai contoh, kita tengok harga saham GETS Global yang naik 717.65% pada bulan Ogos 2020. Syarikat sedang mengalami kerugian, dividen pun tiada. Maklumlah, untuk syarikat beri dividen kepada para pelabur, syaratnya mestilah syarikat ada untung baru boleh isytihar dividen.

Pendapatan ada, tapi kerugian yang dialami syarikat GETS Global ini semakin besar.
Oleh itu, berhati-hatilah dengan saham penny stock yang sedang mengalami kerugian. Takut saham sebegini kena ‘goreng’ atau dengan istilah lain ‘pump and dump’.
3. Saham Yang Bermasalah (PN17 atau GN3)
Kalau #2 tadi saham tengah mengalami kerugian, saham yang berstatus PN17 atau GN3 lagi bahaya.
Bagi syarikat yang bermasalah, Bursa Malaysia akan kategorikan syarikat ini di bawah status pemerhatian. Syarikat tersebut sedang mengalami masalah daripada segi kewangan, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah dan bermacam-macam lagi petanda buruk.
Status Practice Note 17 (PN 17) diberi kepada syarikat yang tersenarai di papan utama, manakala Guidance Note 3 (GN3) bagi kaunter di dalam ACE Market. Senarai kaunter PN17 dan GN3 ini akan sentiasa berubah daripada semasa ke semasa.

Senarai syarikat-syarikat di atas yang tersenarai di dalam PN17 dan GN3 adalah setakat 31 Julai 2020.

Di atas adalah senarai Top 30 Paling Aktif pada 3 September 2020. Dan syarikat KTB iaitu Konsortium Transnasional Berhad adalah kaunter PN17.
Oleh itu, berhatilah-hatilah sebelum tangan gatal nak beli saham berstatus PN17 atau GN3 ini.
4. Saham Tak Patuh Syariah
Sudah semestinya bagi yang beragama Islam, kita perlu jual beli hanya saham-saham yang patuh Syariah.

Senang saja nak tahu samada sesuatu saham itu adalah patuh Syariah atau tidak. Di trading platform, ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.
Ada juga akaun CDS yang Islamik tidak akan membenarkan kita untuk membeli saham-saham yang tak patuh Syariah. Mereka akan ‘reject order’ dan menghalang kita daripada membeli saham yang tak patuh Syariah.
Nak lagi selamat, boleh buka akaun CDS dengan BIMB Securities dari Bank Islam. Kita tak nampak pun saham-saham yang tak patuh Syariah di dalam trading platform.
5. FBM KLCI Merah Menyala
Seawal pasaran saham dibuka pada pukul 9 pagi, indeks FBM KLCI mencatatkan penurunan yang besar. Turun berpuluh-puluh mata dalam sekelip mata.
Ini menunjukkan bahawa sentimen pada hari tersebut adalah negatif, ramai orang yang sedang menjual. Takut ramai yang ‘panic selling’, mengakibatkan pasaran saham turun lebih banyak lagi menjelang tengahari dan petang.
Jika ini berlaku, lebih baik kita duduk tepi minum kopi terlebih dahulu.
Tunggu bila market dah reda, baru kita tengok semula.
6. Harga Komoditi Menjunam
Bagi saham-saham yang berkaitan dengan komoditi, maka berhati-hatilah.
Sebagai contoh, harga minyak mentah dunia sedang jatuh. Jauhkan diri daripada saham-saham yang berkaitan dengan oil & gas.
Harga emas turun mendadak? Maka jauhkan diri daripada saham-saham yang berkaitan dengan emas.
Jangan pula kita gatal tangan nak beli sebab harganya sedang berada di paras yang rendah dan murah.
7. Musim Quarter Report
Kita juga perlu berhati-hati apabila masuknya musim Quarter Report atau QR. Lagi-lagi apabila keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Banyak syarikat yang bermasalah, akan lebih bermasalah apabila pendapatan dan keuntungan syarikat terjejas. Apabila Quarter Report keluar dan ianya tidak memberangsangkan, takut terjadi pula ‘panic selling’ selepas pengumuman QR dibuat.
Lebih baik kita perhatikan saja dulu, takut nanti saham membuat Gap Down dan kita tak sempat nak Cut Loss.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)