Sampai sekarang aku tak tahu nak beli saham apa, macam mana nak melabur macam ni?
Ramai yang dah libatkan diri dalam dunia pelaburan saham tetapi sampai hari ini masih tidak tahu cara memilih saham apa yang patut dibeli.
Jika anda juga merupakan salah seorang daripada mereka yang masih tak tahu nak pilih saham apa, anda sebenarnya tidak keseorangan.
Jawapan kepada soalan saham apa yang patut dibeli ini akan terjawab dengan analisa fundamental terhadap sesuatu syarikat mengikut sentimen semasa.
Baca: Pengenalan Kepada Fundamental Analysis (Analisa Fundamental)
Kenapa penting untuk tahu dan membuat kajian fundamental? Bukankah lebih senang jika kita hanya melihat carta?
Mari kita lihat sebab-sebab pelabur perlu membuat kajian fundamental sebelum melabur.
Kenapa Nak Kaji Fundamental Syarikat?
Banyak sebab kenapa pelabur perlu mengetahui fundamental sesebuah syarikat sebelum melabur. Antaranya adalah seperti:-
- Kenali latar belakang syarikat
- Tahu risiko yang bakal dihadapi
- Tahu potensi syarikat yang bakal dilaburkan
Kenali Latar Belakang Syarikat
Antara perkara yang ramai lupa adalah disebalik setiap saham yang didagangkan di pasaran saham itu, wujud syarikat yang sedang menjalankan perniagaan.
Saham bukan hanya sekadar instrument untuk membuat duit. Pembelian saham ini akan menjadikan kita sebagai pemilik syarikat tersebut.
Oleh itu sangat penting untuk kita mengetahui latar belakang syarikat yang kita hendak laburkan duit kita sebelum membuat sebarang keputusan.
Bagaimana kita boleh melabur dalam syarikat tanpa mengetahui jenis perniagaan syarikat tersebut jalankan? Adakah kita melabur atau berjudi?
Selepas kita tahu tentang latar belakang syarikat, barulah kita tahu sama ada syarikat tersebut sesuai atau tidak dengan penerimaan risiko kita.
Tahu Risiko Yang Bakal Dihadapi
Selepas kita kenal dan tahu perniagaan syarikat yang bakal dilaburkan tadi, kita akan tahu risiko apa yang bakal kita hadapi.
Jika syarikat sentiasa membuat keuntungan dan berada dalam industri yang kekal relevan, sudah pasti risiko yang bakal dihadapi lebih rendah berbanding syarikat yang berada dalam industri yang bermusim.
Dengan membuat kajian fundamental ini juga kita tahu syarikat yang mana sesuai untuk dilaburkan mengikut tahap penerimaan risiko diri kita.
Tahu Potensi Syarikat Yang Bakal Dilaburkan
Apabila kita membaca tentang syarikat yang bakal kita laburkan dan kaitkan dengan keadaan atau sentimen semasa untuk mengetahui potensi syarikat tersebut.
Contohnya dengan perubahan dunia ke arah tenaga boleh ubah hari ini, banyak syarikat yang terlibat dengan pembuatan kenderaan elektrik dan tenaga boleh ubah mendapat impak yang positif dan dilihat mempunyai potensi untuk berkembang di masa hadapan.
Tidaklah nanti kita risau setiap kali beli harga sahamnya jatuh jika kita tahu potensi syarikat tersebut dengan adanya sentimen positif secara berterusan.
Siapa Yang Gunakan Analisa Fundamental Ini?
Kajian fundamental ini akan selamanya relevan kerana kajian ini terbukti keberkesanannya dan lebih realistik. Antara mereka yang mengamalkan analisa fundamental ini adalah seperti:-
- Pengurus Dana (Fund Manager)
- Penganalisa
- Pelabur jangka masa panjang dan sederhana
Jika kita baca laporan syarikat yang dikeluarkan oleh broker, kita akan lihat bahawa mereka akan membuat kajian berdasarkan pendapatan terkini syarikat.
Daripada maklumat pendapatan syarikat itu pula, penganalisa ini biasanya akan membuat jangkaan di masa hadapan tentang syarikat tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor yang akan mempengaruhi harga saham syarikat tersebut.
Sebagai pelabur, kita tak perlu membuat kajian yang terlalu terperinci seperti penganalisa lakukan, tetapi cukup dengan membuat analisa fundamental yang mudah dan senang faham.
Salah satu caranya adalah dengan membuat kajian fundamental menggunakan formula CANSLIM sesebuah syarikat.
Baca: Analyst Guna Formula CANSLIM Untuk Analisa Saham?
Pernah dengar CANSLIM ni, tapi tak tau mana nak dapatkan maklumat yang perlu.
Namun tak semestinya jika syarikat tersebut mempunyai fundamental yang bagus, harga sahamnya akan terus membuat kenaikan. Kerana yang menggerakan harga saham ini adalah daripada supply dan demand saham itu sendiri.
Namun sebagai pelabur yang bijak, lebih baik kita kenal dan faham apa yang kita hendak laburkan sebelum meneruskan pelaburan kita.
Berminat untuk belajar step by step cara membuat kajian fundamental dengan formula CANSLIM?
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!





