Anda seorang pelabur atau pedagang yang memerlukan sebuah perisian terbaik untuk digunakan ketika jual dan beli saham?
Terdapat lebih 900 saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sempat ke nak kaji satu per satu?
Terdapat sebuah software yang boleh anda pertimbangkan iaitu Bursa Station. Tak kenal apa itu Bursa Station? Tak mengapa. Sebelum itu, jom berkenalan dengan Bursa Station.
Apa Itu Bursa Station Professional?
Syarikat yang membangunkan Bursa Station Professional adalah SPH Digital yang berpangkalan di Singapura. Bursa Station Professional menyediakan maklumat harga semasa ekuiti dan juga derivatif. Ia dibangunkan sebagai satu usaha kerjasama di antara Share Investor dan Bursa Malaysia.
Bursa Station Professional direka bentuk sebagai sebuah perisian yang mesra pengguna dan mempunyai banyak ciri penggunaan yang sangat membantu pelabur atau pedagang yang memerlukan akses kepada fundamental, teknikal, dan data dagangan.
Antara features yang ada adalah :
- Live stream harga ekuiti atau derivatif. Anda juga boleh langgan kedua-duanya sekali.
- Laporan kewangan.
- Carta intraday.
- Scanner berasaskan analisa teknikal (TA).
- Scanner pasaran.
- Stock alert.
- Trade summary matrix.
- Carta dynamic TA versi ke-2.
Sumber: Bursa Station
Harganya bermula dari RM588 untuk penggunaan selama 6 bulan dan RM998 untuk penggunaan selama 12 bulan.
Apa beza Bursa Station dan ShareInvestor?
Baca : Bursa Station vs ShareInvestor Station – Yang Mana Satu Untuk Saya?
Bursa Station Professional sesuai digunakan oleh pelabur dan pedagang yang telah mempunyai pengalaman pelaburan. Sekiranya anda seorang pelabur yang baru dan zero dalam saham, jangan risau kerana mereka ada menyediakan sesi trial untuk anda merasai sendiri pengalaman menggunakan perisian ini.
Oleh itu anda digalakkan untuk cuba sesi trial terlebih dahulu. Sebaiknya anda menggunakan sesi trial tersebut untuk menguasai kesemua function yang ada. Jika sudah menguasai kesemuanya, barulah berbaloi untuk subscribe.
Daftar Sesi Trial 14 Hari
Sumber: Bursa Station
Pendaftaran perlu dibuat sekiranya anda mahu mencuba sesi percubaan selama 14 hari ini. Anda boleh hubungi BursaStation di nombor 03-78031791. Selain itu, anda juga boleh sediakan maklumat-maklumat di bawah dan emel ke [email protected].
- Nama penuh.
- No kad pengenalan.
- Username pilihan.
- Alamat emel.
- No telefon.
- Alamat surat menyurat.
Jika anda rasa software Bursa Station Professional ini kena dengan diri anda, maka barulah anda pertimbangkan untuk membuat langganan.
Jika anda rasa anda sudah ‘power’ menggunakan Bursa Station Professional, anda boleh langgan software tersebut dari : Saya Nak Langgan Bursa Station
Semasa proses langganan Bursa Station Professional, pastikan anda pilih ‘Retail User’ terlebih dahulu kerana kita ini merupakan pelabur runcit sahaja. ‘Institutional User’ merupakan pengguna dari institusi dan sudah tentu harga langganan adalah lebih mahal.




