• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pemindahan Status Penyenaraian Solarvest Ke Pasaran Utama Selesai

in Berita
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Solarvest Holdings Bhd, pakar tenaga bersih, telah memindahkan status penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia untuk menjadi syarikat solar tulen pertama di bursa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Davis Chong Chun Shiong berkata ini menandakan kejayaan  penting bukan sahaja untuk Solarvest tetapi juga untuk industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.

“Peningkatan status penyenaraian kami mencerminkan permintaan yang kukuh dan pengiktirafan yang semakin ketara mengenai pentingnya tenaga solar di Malaysia.

“Ini akan membuka jalan bagi kami untuk memperluas keterlihatan kumpulan dan memberi kami platform untuk berkongsi potensi pertumbuhan industri solar domestik yang rancak dengan kumpulan pelabur lain di dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai salah satu peneraju industri dalam sektor tenaga bersih tempatan, matlamat utama Solarvest adalah untuk memperluas kehadirannya melangkaui pasaran tempatan.

“Sebagai syarikat tersenarai di Pasaran Utama, kami kini dapat menarik lebih banyak dana institusi yang tidak mempunyai mandat untuk melabur dalam syarikat-syarikat Pasaran ACE.

“Dengan itu, ia memberikan kami plihan untuk mengumpulkan lebih banyak dana di masa depan untuk mendorong pengembangan kami di pasaran serantau dengan ASEAN bersedia menjadi antara rantau paling pesat berkembang dengan unjuran penggunaan 23 peratus tenaga RE menjelang 2025, ” katanya.

Chong berkata selain daripada perluasan serantau, syarikat itu juga sedang dalam usaha mengubah model perniagaannya untuk berkembang menjangkaui kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta meningkatkan pendapatan berulang melalui pemilikan aset dan sebagainya.

Syarikat itu katanya turut berusaha mempelbagaikan perniagaan berkaitan dalam bidang tenaga bersih seperti perkhidmatan berkaitan teknologi hijau dan perniagaan penyimpanan bateri.

– BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In