• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Syarikat GHL Berkembang Seiring Keperluan Fintech Di Malaysia

in Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Syarikat GHL Berkembang Seiring Keperluan Fintech Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Secara umumnya, fintech merupakan singkatan dan gabungan dua perkataan iaitu Financial Technology.

Dengan adanya penggunaan Artificial Intelligence, Machine Learning dan Big Data, industri kewangan dan pelaburan dilihat mampu membawa revolusi baru dan secara berperingkat, ianya akan menggantikan sistem tradisional.

Landskap perbankan tradisional tahun lalu juga berubah, di mana bank dilihat menuju era pendigitalan. Laporan syarikat perakaunan Ernst & Young (EY) pada tahun 2018 menunjukkan 66 peratus bank di Malaysia mahu mencapai kematangan digital pada tahun 2020.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Ini bermakna, syarikat perbankan menyambut baik transformasi pendigitalan dengan berlabur banyak pada sektor fintech untuk terus maju dan berdaya saing di era digital banking.

Kemudahan fintech tidak sepatutnya diabaikan oleh syarikat perbankan kerana ia meningkatkan risiko ditinggalkan pelanggan yang memilih untuk berurusan dengan sistem perbankan yang lebih ringkas, pantas, mudah dan mesra pengguna.

Apabila kita merujuk kepada Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2019 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, nilai monetari transaksi kewangan perbankan mudah alih telah meningkat sekali ganda, daripada RM50.7 billion pada 2017 kepada RM100.1 bilion pada tahun 2018, manakala jumlah transaksi pula melonjak daripada 107.7 juta kepada 257.4 juta.

Sumber: www.parlimen.gov.my

Pertumbuhan transaksi ini juga dipacu oleh peningkatan pelanggan perkhidmatan perbankan mudah alih sebanyak 2.2 juta kepada 6.6 juta pada tahun 2018, daripada 4.4 juta pada tahun sebelumnya. Angka-angka ini menunjukkan kadar perubahan bertambah pesat dalam pasaran teknologi kewangan, disokong lagi melalui penggunaan teknologi baharu.

Perkembangan industri teknologi kewangan sudah tentu juga mempunyai kesan yang positif ke atas sektor kewangan negara dari segi pembukaan firma dan pencarian tenaga kerja dalam industri yang berkembang pesat kini.

Penerima manfaat terbesar adalah kita semua sebagai pelanggan perkhidmatan kewangan yang memudahkan kita memilih untuk mendapat servis yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Pada awal bulan Ogos 2020, Bank Negara dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melancarkan program Fintech Booster untuk terus menyokong pertumbuhan dan pengembangan syarikat fintech di Malaysia.

Fintech Booster yang dibangunkan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia ini menyediakan program sumber daya pengembangan bagi syarikat fintech yang berpusat di Malaysia untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan inovatif yang bermanfaat dengan meningkatkan pemahaman dan usaha wajar terhadap keperluan undang-undang, pematuhan dan pengawalseliaan.

Dapatan-dapatan ini adalah maklumat yang asbab bagi menjawab segala pertanyaan dalam minda anda semua, sektor teknologi kewangan atau fintech ini bukan lagi untuk masa hadapan, ianya adalah teknologi untuk hari ini!

Bagaimana pula halnya dengan sektor saham berkaitan teknologi kewangan?

Sektor yang berkait rapat dengan teknologi kewangan adalah yang mempunyai kaitan dengan produk pembayaran, pengendali servis pembayaran, sistem pembayaran, pembayaran atas talian (online) serta e-wallet. 

Sebagai contoh, GHL System Berhad adalah salah satu syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di negara kita. Berdasarkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2019, syarikat ini mencatatkan pendapatan sebanyak RM347 juta berbanding tahun 2018 sebanyak RM299 juta dan tahun 2017 sebanyak RM253 juta.

Sumber: Bursa Annoucement

Nilai saham GHL juga meningkat saban tahun. Antara pelabur terkemuka di belakang syarikat GHL pula adalah KWSP dan juga Public Mutual.

Berdasarkan analisa kita ini, GHL merupakan antara syarikat yang berada di dalam fasa uptrend dalam industri fintech ini.

Sumber :

Sumber: Malaysiastock.biz

Revenue Berhad juga adalah salah satu syarikat yang berkait rapat dengan sistem teknologi kewangan. Berdasarkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2019, syarikat ini mencatatkan pendapatan sebanyak RM57 juta berbanding tahun 2018 sebanyak RM35 juta.

Sumber: Bursa Annoucement

Nilai saham Revenue juga meningkat saban tahun. Antara pelabur terkemuka di belakang syarikat GHL pula adalah CIMB dan juga Kenanga Growth Fund.

Berdasarkan analisa kita ini, Revenue merupakan antara syarikat yang berada di dalam fasa uptrend dalam industri fintech ini.

Sumber :

Sumber: Malaysiastock.biz

Perkembangan industri perniagaan dalam talian pasca Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 ini memerlukan kepada sokongan utama teknologi kewangan untuk memberikan kemudahan transaksi yang cekap dan pantas kepada pelanggan dan peniaga.

Penting bagi seseorang pelabur untuk mengkaji dan mengambil tahu tentang sektor yang sedang uptrend seperti ini untuk kita memaksimakan pulangan daripada pelaburan kita.

Mengkaji Sebelum Melabur!


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share390ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In