Saham boleh ke untung banyak dalam masa singkat macam main Forex?
Pernah dengar atau terbaca ayat atau kata-kata bahawa peluang sentiasa ada dalam pasaran saham?
Walaupun dalam keadaan pasaran yang bercampur-campur ini, percaya tak ada saham yang membuat kenaikan lebih daripada 50% dalam masa kurang daripada tiga minggu?
Malah ada dua saham pada bulan September 2021 telah membuat kenaikan lebih daripada 70% kurang daripada sebulan.
Ini yang dinamakan bahawa peluang sentiasa ada.
Untung Lebih 50% Dalam Masa 3 Hari Sahaja
Sumber :
Seperti saham di atas, saham ini membuat kenaikan sehingga limit up sebaik sahaja pasaran dibuka pada 24 September 2021 dan meneruskan kenaikan pada hari berikutnya sehingga mencecah lebih 50% kenaikan dalam masa yang singkat.
Sumber: KLSE Screener
Punca kepada kenaikan harga saham ini adalah kerana peningkatan keuntungan bersih syarikat yang diumumkan pada 23 September 2021. Pada keesokan harinya, saham ini terus membuat limit up dan kenaikan ini diteruskan pada hari-hari berikutnya.
Jika kita melabur dengan bermodalkan RM1,000 sahaja, kita mendapat pulangan hampir RM500 dalam masa 3 hari sahaja.
Untung 50% dalam masa 3 hari banyak ke sikit? Kalau tak cukup lagi, mari kita lihat saham yang membuat kenaikan lebih daripada 70% dalam masa kurang daripada 3 minggu pula.
Untung 69.5% Dalam Tempoh 10 Hari Dagangan
Sumber :
Saham seperti di membuat breakout seperti di bulatan merah pada 15 September 2021 dan meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya sehingga mencecah hampir 70% dalam tempoh 10 hari sahaja.
Jika kita bermodalkan RM1,000, pulangan kasar yang kita perolehi hampir RM700 dalam masa 10 hari sahaja.
Untung Lebih 75% Dalam Tempoh 6 Hari Sahaja
Sumber :
Saham yang terakhir ini pula membuat kenaikan lebih daripada 75% dalam masa 6 hari dagangan sahaja selepas membuat breakout pada 13 September 2021 dan terus membuat kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Jika anda melabur dengan bermodalkan hanya RM1,000, pulangan pelaburan anda secara kasarnya mencecah hampir RM750 dalam masa 6 hari sahaja.
Ini yang dimaksudkan dengan peluang sentiasa ada untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham ini walaupun keadaan pasaran tidak menentu.
Jika kita tak dapat keuntungan sehingga 50% pun, dapat sekitar 6% hingga 10% sebulan secara konsisten pun dah memadai sangat dah sebenarnya.
Baca: Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Apa-apa pun, pastikan rajin membuat kajian saham sebelum membeli kerana risiko dalam pelaburan saham ini akan sentiasa ada.
Cuma dengan ilmu, kita mampu untuk mengawal risiko kita.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




