Sejak awal tahun ini kita menyaksikan indeks pasaran S&P 500 mampu bertahan membuat kenaikan demi kenaikan sehinggalah pada awal September. S&P 500 mengalami tekanan bertepatan dengan fenomena yang dipanggil ‘quadruple witching’, dimana berlakunya pemansuhan kontrak hadapan dan options. Volatiliti dalam pasaran juga turut dipengaruhi oleh mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada minggu terakhir.

Kerisauan para pelabur mula lega selepas Pengerusi Federal Reserve, Tuan Jerome Powell mendedahkan keputusan mesyuarat FOMC tidak akan mengurangkan pembelian aset bond dalam pasaran sehingga bank pusat tersebut berpuas hati dengan keadaan pemulihan ekonomi, dengan fokus diberikan kepada pengurangan kadar pengangguran.
Bank pusat itu juga hanya akan menaikkan kadar faedah jika situasi pengangguran nampak pulih, dengan memberikan gambaran kadar faedah mungkin akan dilaksanakan seawal tahun 2022.
Sejurus kenyataan Tuan Powell dibuat, pasaran di Wall Street mula membuat lantunan yang kuat dan semua sektor menyaksikan kenaikan positif.
Adakah Oktoberphobia Mampu Diatasi?
Setiap bulan Oktober, fenomena musim yang dipanggil di Wall Street sebagai ‘Oktoberphobia’ sering kali berlaku yang mana pasaran berkemungkinan akan menghadapi tekanan selepas lantunan berlaku. Sejarah dan perangkaan sejak tahun 1949 menunjukkan bahawa bulan Oktober adalah salah satu takwim di Wall Street yang perlu dihadapi dengan waspada selain bulan September.
Walaubagaimanapun, para penganalisa di Wall Street akan melihat beberapa sudut penting untuk membuat persediaan menghadapi bulan Oktober. Salah satunya adalah dengan melihat keadaan psychological pasaran melalui ‘Investor’s Intelligence Advisors Sentiment’.
Berdasarkan carta Bullish/Bearish Advisors setakat 22 Sep 2021 di bawah ini, Bullish Advisors jatuh kepada paras 47%, iaitu satu penurunan yang paling rendah sejak Mei 2020. Bearish Advisors pula meningkat di atas paras 20%. Dengan dapatan sentimen ini, para penganalisa di Wall Street menganggap keadaan psychological pasaran kepada tahap neutral. Ini bermakna sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat penjualan aset mahupun pembelian aset baru.
Sumber Carta: Investors Intelligence
Catalyst Negatif Yang Perlu Diperhati
Sentimen yang kita peroleh sebagai ‘neutral’ berdasarkan kepada kenyataan di atas tidak bererti ianya akan mampu mengekalkan momentum lantunan positif pada S&P 500. Kita perlu memerhatikan catalyst lain yang sedang bergolak pada ketika ini. Ada tiga perkara penting yang perlu diambil perhatian serius oleh para pelabur, iaitu:
- Krisis Evergrande di China: Syarikat pemaju hartanah terbesar di China ini berhadapan dengan kesukaran untuk membayar balik kupon bond yang berjumlah lebih US$83 juta sebulan, berdasarkan jumlah pinjaman bond sekitar US$300 bilion. Kegagalan syarikat ini untuk memenuhi bayaran kupon bulanan berisiko untuk menjadikannya muflis. Jumlah tunggakan yang ditanggung syarikat ini juga agak besar, dengan skala 2% dari jumlah KDNK negara China.
- Isu Pinjaman Dalam Kongres: Pihak kongres di Amerika Syarikat sedang berdebat untuk mempersetujui kenaikan jumlah kadar pinjaman kerajaan bagi mengelakkan penutupan sebahagian besar operasi agensi kerajaan. Hal ini pernah berlaku sebanyak 3 kali dalam dekad ini, dan jika ianya berlaku lagi boleh memberikan impak negatif kepada penilaian kredit kewangan. Ianya juga akan memberi impak negatif terhadap pemulihan ekonomi.
- Cadangan Kenaikan Kadar Cukai: Jika cadangan untuk kenaikan kadar cukai korporat dan kapital diluluskan, ianya akan memberikan impak negatif terhadap pasaran saham. Berkemungkinan besar syarikat akan meningkatkan harga produk & perkhidmatan bagi mengimbangi kenaikan cukai demi mengekalkan margin keuntungan yang optimum.
Ketiga-tiga perkara tersebut berpotensi untuk mengheret balik S&P 500 kebawah dan mengalami Oktoberphobia tahunan. Apa pun kita perlu memperhatikan perkembangan pasaran agar kita lebih bijak dalam membuat sebarang keputusan pelaburan kita.
Pengurusan Aset Portfolio
Sumber :
Ramai yang mungkin beranggapan Oktoberphobia mampu diatasi dengan mempelbagaikan pegangan aset pelaburan, antaranya untuk memiliki sebahagian jumlah dalam aset digital. Anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan sedemikian kerana aset digital mempunyai korelasi yang positif terhadap pergerakan pasaran saham. Ditambah pula kadar volatiliti dalam aset digital agak tinggi berbanding pasaran ekuiti.
Carta di atas memberikan gambaran yang jelas kolerasi positif aset digital terhadap pasaran ekuiti dengan kadar volatiliti yang jauh lebih tinggi. Sebagai perbandingan, apabila S&P 500 mengalami penurunan sehingga 5%, pasaran aset digital telah membuat penurunan melebihi 20%.
Artikel ini ditulis oleh Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe,MSTA) yang menetap di Brunei dan merupakan pelabur tegar pasaran saham Wall Street.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




