Nak melabur di Wall Street perlukan modal besar ke?
Pelaburan saham di peringkat antarabangsa terutamanya di Wall Street sudah mula mendapat perhatian dan minat pelabur runcit tempatan.
Semakin ramai yang mula belajar tentang pelaburan saham global untuk mencari peluang menjana keuntungan di pasaran gergasi dunia.
Tapi betul ke nak melabur di pasaran antarabangsa ni perlukan modal yang sangat besar?
Cukup tak jika bermodalkan dengan hanya USD1,000 sahaja?
Mari kita lihat berapa nilai USD1,000 pada hari ini jika dilaburkan dalam tiga saham ini pada tujuh bulan lepas di pasaran Wall Street.
Nilai Saham Coca-Cola Hari Ini Jika Dibeli Pada Februari 2021
Sumber: Al Jazeera
Coca Cola merupakan antara syarikat minuman ringan yang sangat terkenal di dunia dan produknya telah berada hampir di seluruh pelusuk dunia.
Sumber :
Harga saham Coca Cola ini pada 1 Februari 2021 adalah bernilai USD48.48 seunit. Jadi dengan bermodalkan USD1,000 kita mampu untuk membeli sekitar 20 unit saham Coca Cola ini dengan anggaran kos kasar sekitar USD969.6.
Pada 23 September 2021, harga saham ini bernilai USD54.13 seunit atau kenaikan sebanyak 11.65% dalam masa tujuh bulan sahaja.
Saham ini juga sebenarnya pernah membuat kenaikan sehingga USD57.48 pada 16 Ogos 2021 dan ianya merupakan kenaikan sekitar 18.5% daripada harga awal sejak bulan Februari.
Nilai Saham Starbucks Hari Ini Jika Dibeli Pada Februari 2021
Starbucks pula merupakan rangkaian minuman kopi yang terkenal di dunia yang menghidangkan minuman kopi segar kepada pelanggan mereka.
Sumber :
Harga saham ini pada 1 Februari 2021 adalah sekitar USD98.58 seunit. Dengan modal USD1,000 pelabur mampu untuk memiliki sebanyak 10 unit saham Starbucks ini.
Pada 23 September 2021, harga saham syarikat minuman kopi ini adalah sekitar USD113.07 seunit atau kenaikan sebanyak 14.69% dalam tempoh masa 7 bulan.
Namun tahukah anda yang saham ini pernah mencecah sehingga USD126.06 pada 24 Julai 2021 iaitu kenaikan sebanyak 27.87% sebelum ianya jatuh pada hari-hari berikutnya.
Baca: Selalu Minum Starbucks? Kini Anda Boleh Jadi Pemiliknya
Nilai Saham Apple Hari Ini Jika Dibeli Pada Februari 2021
Apple Inc merupakan pengeluar smartphone yang mengungguli carta telefon pintar premium di dunia pada hari ini. Apple Inc juga merupakan antara syarikat yang berada dalam komponen FAANG.
Baca: Apa Yang Best Dengan Saham FAANG Di Wall Street?
Sumber :
Harga seunit saham pada 1 Februari 2021 adalah sekitar USD134.14 seunit dan dengan modal sebanyak USD1,000, pelabur mampu untuk membeli sebanyak 7 unit saham Apple dengan kos kasar sekitar USD938.98.
Pada 22 September 2021, harga saham Apple telah mencecah sekitar USD145.85. Ini merupakan kenaikan sebanyak 8.73%.
Harga saham ini pernah mencecah sehingga USD156.69 atau kenaikan sebanyak 16.81% jika dibandingkan dengan harganya pada awal Februari 2021.
Semua jenama diatas ini adalah jenama yang kita sangat biasa malah mungkin kita adalah antara pengguna produk kepada jenama di atas.
Saham-saham syarikat ini jika menurut saringan platform MIDF, adalah saham yang patuh syariah.
Baca: Apa Yang Best Guna Platform MIDF Invest Ni?
Jika nak membeli saham-saham ini, tidak perlu ragu-ragu lagi dah tentang status syariahnya.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




