Excel Force MSC Berhad merupakan sebuah syarikat dalam sektor teknologi dan menjalankan perniagaan berkaitan perisian secara khusus. Setakat ini, Excel Force menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kepada broker dan bank pelaburan di beberapa buah negara.
Excel Force ditubuhkan pada tahun 1994. Eforce mula disenaraikan di Papan Ace pada tahun 2004. Pada tahun 2010 pula, Eforce telah dipindahkan daripada Papan Ace ke Papan Utama.
Sumber: Excel Force
Segmen Perniagaan
Excel Force beroperasi dalam 3 segmen iaitu :
- Penyelesaian Aplikasi
Menjual produk dan aplikasi perisian.
- Perkhidmatan Penyelenggaraan
Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi aplikasi dan penyelesaian sistem.
- Penyedia Perkhidmatan Aplikasi
Menyediakan servis aplikasi secara bulanan.
Produk
Produk Eforce pula terbahagi kepada tiga bergantung kepada jenis penggunanya iaitu:
- Front Office
- Middle & Back Office
- Network & Security
Klien / Pelanggan
Eforce telah menjadi syarikat yang dominan di Malaysia dan sedang berkembang di beberapa negara Asean seperti Singapura, Thailand dan Vietnam.
Antara broker saham yang dapat dilihat menggunakan Eforce adalah BIMB Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd, CGS-CIMB, UOB Kay Hian dan lain-lain.
Anak Syarikat
Excel Force MSC Berhad memiliki penuh syarikat Insage MSC Sdn Bhd, Xifu Sdn Bhd dan E2 Trade Sdn Bhd.
Insage MSC Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian perisian manakala Xifu Sdn Bhd menyediakan platform maklumat berkaitan pelaburan.
Pemegang Utama Saham Eforce
Sejak Mei 2016, pemegang saham utama Eforce adalah Asia Internet Holdings yang mana syarikat ini juga merupakan pemilik MyEG Services Berhad.
Prestasi Kewangan Eforce
Berdasarkan data yang diambil dari Malaysiastock.biz, Eforce berjaya membuat keuntungan bersih sejak tahun 2012. Walaupun seluruh dunia terkesan akibat pandemik Covid-19, Eforce sebaliknya merekodkan keuntungan bersih tertingginya bagi tahun kewangan 2020.
Pada tahun lepas, perolehan syarikat adalah sebanyak RM31.4 juta dan keuntungan bersih adalah sebanyak RM10.8 juta. Ini menjadikan margin keuntungannya berada pada 34.5%.
Agihan Dividen
Setiap tahun Eforce memberi dividen kepada pemegang sahamnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Eforce memberi dividen sekitar 1.00 sen sehingga 2.50 sen sesaham.
Produk Yang Bakal Dilancarkan Pada 2021 – 2024
Beberapa produk bakal dilancarkan sepanjang tahun 2021 sehingga 2024 seperti:
- Xcelerate : Sebuah enjin analisis data yang mampu memahami sifat dagangan pelabur.
- Symphony : Sebuah platform aliran kerja untuk digitalisasi dan mengubah fungsi back room.
- mBIS : Meningkatkan perkembangan volume perniagaan melalui keputusan pintar.
- mPower : Sistem back office generasi baharu untuk memenuhi keperluan pembrokeran semasa dan masa hadapan.
- WebECOS 4th Generation : Platform perdagangan generasi baru yang akan memenuhi keperluan pelabur baru dan profesional.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)