Bayar murah nanti belajar basic ilmu je ke nanti?
Tidak dinafikan hari ini banyak kelas online diadakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020 terutamanya kelas saham secara maya.
Banyak kelas dan webinar saham yang ada di pasaran sekarang turut memberikan kelas preview secara percuma sahaja sebelum menawarkan kelas lanjutan yang premium.
Kelas-kelas saham ini biasanya dikelolakan oleh mereka yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam dunia pelaburan saham baik di pasaran tempatan dan juga di pasaran global.
Pakej kelas lanjutan biasanya ditawarkan bermula dengan RM2,000 ke atas sesuai dengan pengalaman dan pencapaian guru-guru saham tersebut yang telah berjaya melahirkan ramai pelabur yang berjaya.
Jadi macam mana kita yang duit cukup-cukup ni nak belajar saham untuk dapatkan duit tepi selain mengharapkan gaji bulanan sahaja?
Jangan risau, kami daripada The Kapital faham dan dengar rintihan anda. Sebab itu kami sediakan Webinar Senang Saham 4.0 ini untuk memberi peluang kepada anda belajar ilmu premium pada harga marhaen.
Sumber: The Kapital
Harga yang kami tawarkan hanyalah RM300 sahaaj untuk kelas selama tiga hari penuh yang akan dikelolakan oleh Tuan Iqbal Illias, MSTA CFTe yang mempunyai pengalaman lebih daripada 7 tahun dalam dunia pelaburan saham ini.
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Webinar Ini?
Sama seperti webinar saham yang lain, anda akan diajar semua perkara yang anda perlu tahu sebelum anda mula melabur saham. Antaranya adalah seperti:
- Ilmu Fundamental Analisis
- Teknik pelaburan Warren Buffet
- Ilmu Teknikal Analisis
- Cara kenali sentimen semasa yang mempengaruhi pasaran
- Cara guna platform pelaburan
- Cara membuat paper trade pertama
- Cara pemilihan saham dengan screener
Banyak lagi ilmu yang akan dikongsikan oleh Tuan Iqbal pada Webinar Senang Saham 4.0 kali ini yang pastinya akan membuat anda rasa sangat berbaloi untuk menyertai webinar kali ini.
Ilmu yang sangat penting dalam dunia pelaburan saham ini adalah ilmu fundamental dan juga teknikal analisis.
Kajian fundamental digunakan untuk kita mencari saham apa yang patut dibeli dan kajian teknikal pula untuk kita cari masa yang tepat untuk membeli.
Baca: Pengenalan Kepada Fundamental Analysis
Baca: Pengenalan Kepada Teknikal Analysis
Semua ilmu penting ini akan diterangkan secara terperinci dalam Webinar Senang Saham 4.0 ini oleh Tuan Iqbal nanti.
Ya, webinar saham yang kami sediakan ini hampir setanding dengan webinar saham yang ada diluar sana khas kepada anda yang dah lama dahagakan ilmu untuk melabur dalam dunia saham ini.
Jika tak percaya, boleh lihat feedback mereka yang sertai Webinar Senang Saham sebelum ini dibawah.
Siapa Yang Sesuai Sertai Webinar Senang Saham Ini?
Webinar ini sangat sesuai kepada anda yang lama mencari kelas saham mampu milik. Bukan itu sahaja, webinar yang kami buat ini juga sesuai untuk:
- Anda yang baru nak belajar saham
- Anda yang nak refresh ilmu saham
- Anda yang nak beri pendedahan kepada anak anda dunia pelaburan saham
- Pelajar universiti yang nak ada skills tambahan selepas tamat belajar
- Ibu bapa yang nak dedahkan ilmu pelaburan saham kepada anak mereka
Kami tak dapat nak janji bahawa kami akan adakan webinar sebegini dengan harga yang sama di masa akan datang. Jadi kami harap anda rebut peluang ini sebaik mungkin kerana tempat pun dah tak banyak ni.