Pukul 9 pagi nanti pasaran saham merah ke hijau ye?
Pasaran saham Malaysia ini tidaklah sebesar pasaran saham negara lain jika hendak dibandingkan dari segi saiz pasaran dan juga penglibatan awam dalam pasaran.
Oleh sebab itu indeks pasaran saham tempatan biasanya akan dipengaruhi dengan keadaan pasaran luar terutamanya pasaran gergasi dunia seperti di Wall Street.
Baca: Kenali 3 Indeks Yang Ada Di Pasaran Saham Amerika Syarikat
Disebabkan ini, kita sebagai pelabur saham di pasaran tempatan sebenarnya boleh meramal keadaan pasaran tempatan dengan beberapa cara.
Mari kita lihat cara untuk meramal keadaan pasaran saham tempatan sebelum pasaran dibuka pada jam 9 pagi setiap hari.
1. Lihat Peta Saham Dunia Sebelum 9 Pagi
Sumber: Finviz
*Peta ini diambil pada jam 8.30 pagi bertarikh 21 September 2021
Cara pertama adalah dengan melihat peta saham dunia menggunakan website Finviz seperti di atas.
Jika merujuk pada peta saham dunia ini, keadaan pasaran saham dunia sedang berada dalam keadaan yang tidak baik dan mengalami penurunan secara keseluruhannya untuk kebanyakan indeks pasaran saham dunia.
Ini merupakan salah satu sumber yang kita boleh gunakan untuk meramal apa yang bakal terjadi kepada pasaran tempatan apabila dibuka pada pagi nanti.
2. Lihat Keadaan Pasaran Di Wall Street Dunia Sebelum 9 Pagi
Sumber: Finviz
*Peta ini diambil pada jam 8.30 Pagi bertarikh 21 September 2021
Keadaan pasaran di Amerika merupakan pasaran saham terbesar dunia dan biasanya apa yang terjadi kepada pasaran saham US akan memberi kesan kepada pasaran saham negara lain terutamanya pasaran yang kecil seperti Malaysia.
Di Amerika Syarikat terdapat tiga indeks utama pasaran sahamnya iaitu S&P500, Dow Jones dan Nasdaq.
Baca: Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P Dan Nasdaq?
Data-data ini juga boleh dilihat dengan menggunakan website investing.com dan juga Wall Street Journal yang tersedia dalam bentuk aplikasi dan boleh dimuat turun secara percuma.
3. Lihat Keadaan Pasaran Masa Hadapan Sebelum Jam 9 Pagi
Sumber: Finviz
Keadaan pasaran masa hadapan juga memainkan peranan dalam menentukan keadaanan pasaran saham tempatan.
Biasanya jika kebanyakan pasaran masa hadapan hijau, pasaran saham tempatan juga berkemungkinan akan menjadi hijau dan sebaliknya jika kebanyakan pasaran masa hadapan berwarna merah.
Jika kita merujuk keadaan pasaran hadapan di atas, keadaan pasaran berada dalam keadaan bercampur-campur.
4. Lihat Indeks CBOE Volatility Index (VIX) Sebelum Jam 9 Pagi
Sumber: Finviz
CBOE Volatility Index (VIX) ini adalah untuk mengukur tahap kebimbangan pelabur dalam pasaran.
Semakin tinggi indeks VIX ini menandakan tahap kebimbangan pelabur terhadap pasaran semakin tinggi.
Jika indeks VIX ini meningkat, ianya merupakan tanda bahawa pasaran tempatan berkemungkinan akan dibuka rendah kerana tahap kebimbangan pelabur terhadap pasaran semakin meningkat.
Berdasarkan semua maklumat diatas, pasaran tempatan dijangka akan dibuka rendah pada jam 9 pagi semasa pasaran dibuka nanti.
Sumber: CGS-CIMB
*Data ini diambil pada jam 9.10 pagi bertarikh 21 September 2021
Hasilnya, ternyata bahawa pasaran tempatan dibuka rendah dan dilihat hampir kesemua sektor mengalami kejatuhan pada sesi pembukaan pasaran seperti yang dilihat pada jadual diatas.
Berikut merupakan cara untuk kita meramal keadaan pasaran tempatan sebelum ianya dibuka lagi. Namun ianya hanyalah sekadar ramalan dan ada kemungkinan apa yang diramalkan ini tidak menjadi.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)