• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Dagangan Bursa Malaysia Bergerak Mendatar Pada Sesi Tengah Hari

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 21 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia mempamerkan urus niaga yang mendatar untuk mengakhiri sesi pagi berikutan prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.01 mata kepada 1,527.88 daripada penutupan petang Isnin pada 1,527.89. 

Indeks utama yang dibuka 3.18 mata lebih rendah pada 1,524.71, bergerak antara 1,521.44 dan 1,533.11 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 601 berbalas 284 manakala 444 kaunter tidak berubah, 943 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.41 bilion unit bernilai RM1.48 bilion.

Memandangkan keadaan pasaran masih lagi tidak menentu, Rakuten Trade Sdn Bhd berpendapat urus niaga akan kekal berhati-hati hari ini.

“Walaupun kegiatan membeli ketika saham berharga murah akan muncul, kami percaya dagangan di bursa tempatan akan suram kerana kemudahruapan pasaran yang kian meninggi. Justeru, kami menjangkakan indeks bergerak antara 1,520-1,530 hari ini,” kata firma penyelidikan itu dalam catatannya di sini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.31, TNB meningkat dua sen kepada RM9.82, Public Bank tidak berubah pada RM4.02, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM7.94, IHH Healthcare susut enam sen pada RM6. 59 dan CIMB lega dua sen kepada RM4.78.

Bagi saham aktif, Encorp menokok 4.5 sen kepada 51.5 sen, KNM naik setengah sen kepada 25.5 sen, Fintec tidak berubah pada 2.5 sen, Pasukhas turun satu sen kepada lapan sen, dan Yong Tai kerugian 1.5 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.98 mata kepada 11,193.64, Indeks FBMT 100 jatuh 6.31 mata pada 10,905.25 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 13.40 mata kepada 12,168.04.

FBM 70 jatuh 32.82 mata kepada 14,769.33 sementara FBM ACE turun 51.91 mata kepada 6,954.70.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 50.82 mata kepada 6,292.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.29 mata kepada 196.36, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 4.05 mata kepada 15,230.35.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In