• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Akhiri Sesi Urus Niaga Pagi Teramat Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga sesi awal hari ini lebih rendah berikutan sentimen pasaran yang lemah.

Ketika dagangan berhenti untuk rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 10.83 mata kepada 1,565.14 daripada penutupan Jumaat minggu lepas 1,575.97.

Selepas menyusut 2.19 mata pada paras pembukaan pagi ini kepada 1,573.78, indeks utama itu berlegar antara 1,562.11 dan 1,573.78 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 666 berbalas 276 manakala 421 kaunter tidak berubah, 895 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.51 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Pada tengah hari, 17 daripada 30 komponen saham FBM KLCI mempamerkan dagangan rendah, sementara tujuh kaunter memperoleh kenaikan dan enam yang lain tidak berubah.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan terus menyaksikan sokongan belian daripada pelabur asing dan runcit berikutan prospek pemulihan ekonomi yang lebih cerah, didorong oleh perkembangan positif dalam Pelan Pemulihan Negara serta kadar pemberian vaksinasi.

Mengenai komoditi, ia berkata harga minyak mentah telah menyusut dan ditutup melepasi paras US$72 setong, sementara minyak sawit mentah turun di bawah paras RM4,300 satu tan.

“Sementara itu, harga aluminium kekal tinggi, melonjak melepasi paras US$2,900 ketika pasaran mencerna ramalan daripada peserta Sidang Kemuncak Aluminum Harbour yang menyatakan kekurangan bekalan tidak dapat diatasi dalam jangka pendek,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sehubungan itu, firma penyelidikan berkenaan berpendapat kaunter yang berkaitan dengan keluli dan logam akan terus menguasai pasaran.

“Kami juga percaya saham teknologi wajar dibeli ketika berharga murah untuk jangka pendek sementara pelabur boleh mengumpul saham sektor bertema seperti perbankan, pengguna dan pelancongan,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM8.31, Public Bank naik dua sen kepada RM4.04, sementara Petronas Chemicals dan Maxis masing-masing tidak berubah pada RM7.95 dan RM4.66 sementara Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM10.26.

Bagi saham aktif, KNM susut dua sen kepada 28 sen, Pasukhas Group naik setengah sen kepada 11.5 sen dan PUC turun satu sen kepada 15 sen.

Saham paling kerugian dicatatkan oleh Petronas Dagangan yang susut 48 sen kepada RM19.52, diikuti oleh Nestle dan Batu Kawan yang masing-masing jatuh 40 sen kepada RM134.30 dan RM20.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 72.26 mata kepada 11,450.55, Indeks FBMT 100 merosot 70.61 mata pada 11,141.71, dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 80.29 mata kepada 12,533.91.

FBM 70 menguncup 69.31 mata kepada 14,974.80 dan FBM ACE susut 27.26 mata kepada 7,227.84.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 67.50 mata kepada 6,536.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.32 mata kepada 200.58, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 54.85 mata kepada 15,335.32.

– BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In