• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih TNB Turun Kepada RM653.30 Juta Pada Suku Kedua 2020

in Berita
A A
Keuntungan Bersih TNB Turun Kepada RM653.30 Juta Pada Suku Kedua 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd turun kepada RM653.30 juta dalam suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2020, daripada RM1.11 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat utiliti nasional itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata hasil turun kepada RM10.89 bilion berbanding RM12.87 bilion sebelumnya, disebabkan terutamanya penurunan jualan elektrik.

Pendapatan asas sesaham turun kepada 11.48 sen berbanding 19.63 sen sebelumnya.

“Ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan 17.1 peratus dalam suku kedua 2020 disebabkan langkah-langkah ketat bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang termasuk pelbagai langkah mengehadkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. 

“Bagaimanapun, ekonomi Malaysia dijangka pulih perlahan-lahan pada separuh kedua 2020 apabila ekonomi mula dibuka semula dan permintaan luaran kembali meningkat. Prospek ini disokong oleh peningkatan semula petunjuk utama seperti borong dan perdagangan runcit, pengeluaran perindustrian, eksport kasar dan penjanaan elektrik,” kata TNB. 

Syarikat itu berkata di tengah-tengah persekitaran yang mencabar, ia menjangkakan prospek pemulihan perlahan-lahan prestasi kumpulan bagi suku berbaki tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2020, susulan momentum aktiviti perniagaan yang bertambah baik disokong oleh pelancaran pakej rangsangan kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Kumpulan itu mengambil langkah-langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya bagi memastikan ia kekal kukuh. 

Pada rehat tengah hari, saham TNB susut dua sen kepada RM11.10 dengan 1.57 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Share584ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In