• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MAHB Catat Kerugian Bersih RM91 Juta Pada Suku Kedua 2020

in Berita
A A
MAHB Catat Kerugian Bersih RM91 Juta Pada Suku Kedua 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Malaysia Airports Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.06 juta dalam suku kedua 2020 berbanding keuntungan bersih RM160 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil bagi suku yang berakhir 30 Jun, 2020, itu turun sebanyak 78.4 peratus berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya kepada RM272.2 juta sejajar dengan penurunan ketara pergerakan penumpang sebanyak 96 peratus.

MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata impak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dan penutupan sempadan menyebabkan hasil operasi lapangan terbang jatuh menjunam sebanyak 80 peratus kepada RM238.7 juta.

“Keseluruhannya, operasi Malaysia dan Turki mencatatkan penurunan hasil yang ketara masing-masing sebanyak 75.5 peratus kepada RM221.6 juta dan 89.0 peratus kepada RM35.1 juta,” kata syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan sehingga Jun, 2020, pengendali lapangan terbang itu mencatatkan kerugian bersih RM111.45 juta berbanding RM309.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala hasil menyusut kepada RM1.2 bilion berbanding RM2.5 bilion sebelumnya.

Pada masa depan, katanya, pengenalan Laluan Hijau Malaysia-Singapura yang diumumkan oleh menteri luar Malaysia dan Singapura pada 14 Julai, 2020, merupakan satu permulaan yang baik.

Sementara itu, MAHB berkata ia tidak akan mengurangkan usahanya bagi memastikan persekitaran lapangan terbang yang selamat kepada pengunjung dan memulihkan keyakinan terhadap perjalanan udara. 

Mengenai impak daripada sekatan perjalanan dan larangan yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap industri penerbangan, syarikat itu berkata ia telah mengambil langkah awal dan segera untuk mengurangkan kesannya bagi menstabilkan syarikat dengan melaksanakan pelan mengoptimumkan kos secara agresif.   

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In