• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2021

in Fundamental Analisis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber :

FBM KLCI dibuka pada 1,497.39 pada awal bulan Ogos 2021 dan ditutup pada 1,601.38 mata pada 30 Ogos 2021. 

Kemelut politik negara yang berlaku dilihat reda dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Bermula 20 Ogos 2021, indeks FBM KLCI membuat kenaikan selama 7 hari berturut-turut.

Dana asing turut boleh dilihat masuk ke dalam pasaran tempatan. Pelabur asing mungkin melihat pelantikan Perdana Menteri yang baru ini sebagai satu langkah positif bagi kemelut politik dan ekonomi negara.

Senarai di bawah merupakan 10 saham patuh syariah paling untung bulan Ogos 2021. 

Sumber : Majalah Labur

Daripada 10 saham tersebut, kami akan kupaskan 3 saham daripada sektor yang berbeza. Saham tersebut adalah :

  1. Wong Engineering Corporation Berhad (WONG) – Sektor Perkhidmatan & Produk Industri
  2. DKSH Holdings (Malaysia) Berhad (DKSH) – Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna
  3. FSBM Holdings Berhad  (FSBM) – Sektor Teknologi

1. Wong Engineering Corporation Berhad 

Sumber: Wong Engineering

Wong Engineering ditubuhkan pada Oktober 1982. Sejak itu syarikat ini berkembang menjadi sebuah syarikat pengeluar komponen mesin berketepatan tinggi di Malaysia. 

Wong Engineering turut menyediakan rekabentuk produk, pembangunan dan servis pembuatan kepada pelanggannya daripada pelbagai industri seperti sektor minyak & gas, aeroangkasa, telekomunikasi, instrumen ujikaji, automotif dan peranti perubatan. 

Ulasan Mengenai Saham Wong

  1. Sebelum tahun 2016, Wong sering mengalami kerugian sehinggalah syarikat ini membuat turnaround pada tahun 2016 dan mula merekodkan keuntungan secara konsisten setiap tahun.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Suku kedua 2021 menyaksikan Wong berjaya merekodkan prestasi kewangan yang sangat baik. Keuntungan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM2.5 juta.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Prestasi kewangan suku kedua 2021 juga melihatkan prestasi suku ini meningkat sebanyak 26% jika dibandingkan dengan suku sebelumnya. Paling menakjubkan adalah suku kedua ini meningkat sebanyak 3085% jika dibandingkan dengan suku kedua pada tahun sebelumnya.
  2. Meskipun perdagangan dan ekonomi dunia dijangka akan pulih, situasi tempatan adalah lebih volatile dengan pelaksanaan PKP penuh pada 1 Jun 2021 yang lalu. Oleh kerana perniagaan Wong diambil kira sebagai perkhidmatan penting, kilang Wong dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60% pekerja di tempat kerja.
  3. Projek Kuchai Lama telah hampir siap dan kumpulan sedang mempertimbangkan kesesuaian masa untuk melaksanakan pembangunan kilang industri dan gudang di Sepang. 
  4. Ahli lembaga pengarah syarikat optimis bahawa prospek kumpulan syarikat akan kekal positif untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Oktober 2021.

2. DKSH Holdings (Malaysia) Berhad

DKSH merupakan syarikat penyedia perkhidmatan yang membantu syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan di Malaysia. DKSH Malaysia menyediakan perkhidmatan pengedaran kepada syarikat kecil dan sederhana. Selain itu, DKSH turut membantu syarikat bersaiz sederhana dan besar dalam pengurusan logistik serta penjualan dan pengurusan produk.

Sumber: Berita Harian

  1. DKSH Malaysia telah dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menguruskan logistik dan pengedaran vaksin CanSino ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negara ini. 
  2. Solution Group Berhad dan DKSH Holdings akan bekerjasama membantu kerajaan untuk tingkatkan kadar vaksinasi di negara ini. 
  3. Vaksin CanSino tersebut akan disimpan di pusat pengedaran penjagaan kesihatan DKSH Malaysia di Shah Alam.

Baca : DKSH Malaysia pengedar rasmi vaksin CanSino

Ulasan Mengenai Saham DKSH

Sumber: malaysiastock.biz

  1. DKSH mempunyai earnings per share (EPS) yang tinggi kerana berjaya mencatatkan perolehan yang tinggi serta bilangan unit sahamnya yang kecil. Apabila jumlah unit saham yang terapung adalah ringan, saham tersebut akan menjadi lebih volatile.
  2. Berdasarkan data daripada malaysiastock.biz, DKSH sentiasa membuat keuntungan setiap tahun sejak tahun 2012. 

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Meskipun margin keuntungannya tidaklah begitu besar, sekurang-kurangnya syarikat ini sentiasa mencatatkan keuntungan positif setiap tahun.
  2. Siapa kata saham mahal tak boleh jadi semakin mahal? Daripada RM2.90, saham ini mampu mencecah RM4.37 pada penghujung bulan Ogos 2021.

3. FSBM Holdings Berhad 

Kumpulan FSBM merupakan salah sebuah syarikat peneraju dalam servis teknologi maklumat dan penyediaan sistem. Aktiviti perniagaan FSBM fokus kepada 4 bahagian di bawah:

  1. Sistem & Penyelesaian
  2. Pendidikan & Latihan
  3. Penjagaan Kesihatan
  4. Telekomunikasi & Multimedia

Ulasan Mengenai Saham FSBM

  1. Prestasi kewangan FSBM berbeza dengan Wong dan DKSH.
  2. Sementara Wong dan DKSH merekodkan prestasi kewangan yang baik, FSBM hanya merekodkan kerugian sejak tahun 2013. Namun, kerugian tersebut berkurangan sejak itu.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Kerugian itu juga menyebabkan FSBM kini dibawah pengawasan Bursa dan dikategorikan sebagai saham PN17. Syarikat yang dikategorikan PN17 kebiasaannya mempunyai masalah kewangan yang serius. 

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Selain itu, tiada rekod pemberian dividen oleh FSBM Holdings Berhad.
  2. Harga saham yang rendah dan jumlah saham terapung yang rendah menyebabkan modal pasaran FSBM kekal rendah jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat teknologi yang lain.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share315ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In