• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Singkat Intra Digantung Sehingga Akhir Tahun 2021

in Berita
A A
Jualan Singkat Intra Digantung Sehingga Akhir Tahun 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) akan melanjutkan penggantungan sementara ke atas jualan singkat intra hari (IDSS) dan jualan singkat oleh Pedagang Harian Proprietari (Jualan Singkat PDT) sehingga 31 Disember, 2021.

Oleh itu, pengecualian sementara yang berkaitan dengan pedagang harian juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Menurut SC dan Bursa Malaysia, penggantungan sementara ke atas IDSS dan Jualan Singkat PDT diperkenalkan pada 24 Mac 2020 untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul dari ketidakstabilan yang meningkat dan ketidakpastian global akibat wabak COVID-19.

Ia dilanjutkan sehingga 22 Februari, 2021 dan dijangka tamat tempoh pada 29 Ogos, 2021.

Keputusan untuk melanjutkan penggantungan itu dibuat selepas mempertimbangkan dengan teliti pelbagai inisiatif yang dilakukan ketika ini untuk memperkukuhkan langkah-langkah pengawalan untuk aktiviti IDSS untuk mempromosikan kestabilan pasaran dan memperkuatkan integriti pasaran modal.

Ini melibatkan peningkatan berterusan untuk sistem perdagangan Bursa Malaysia untuk menambahbaik keseluruhan kapasiti dan ketahanan sistem Bursa Trade Securities 2 (BTS2) termasuk aplikasi automatik “at-tick rule”.

Di bawah peraturan ini, pesanan Jualan Pendek IDSS dan PDT harus pada harga jualan terbaik atau lebih tinggi.

SC dan Bursa Malaysia berkata mereka akan terus memantau perkembangan yang mempengaruhi pasaran modal dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur serta mengurangkan potensi risiko.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In