Chin Hin Group Berhad adalah konglomerat pembangun bersepadu yang menyediakan bahan dan perkhidmatan binaan kepada industri pembinaan dan bangunan.
Dengan asas-asas yang kukuh, syarikat ini merupakan kumpulan bersepadu dengan portfolio perniagaan yang pelbagai merangkumi pengedaran bahan binaan, salah satu yang terbesar di negara ini dengan perolehan tahunan melebihi RM900 juta, pembekal ready mix concrete melalui pelbagai point of sales di seluruh negara, pembuatan produk bangunan dan pembinaan seperti produk wire mesh dan steel bar, sistem atap logam, konkrit aerasi autoklaf (AAC), produk pre cast concrete dan juga pembekal solar panel PV kepada pengguna dan industri.
Chin Hin Group juga merupakan substantial shareholder bagi syarikat pembekal PV dan EPCC solar iaitu Solarvest Holdings Berhad.



Melalui kajian fundamental, Chin Hin mencatatkan keputusan yang baik dalam penyata suku tahunan terkini bagi suku ke-2, syarikat mencatatkan kenaikan sebanyak 423% jika dibandingkan dengan suku tahun sama yang sebelumnya. Kenaikan sebanyak 46% pula direkodkan jika dibandingkan suku tahun ini dengan suku tahunan sebelumnya. Ini berikutan permintaan yang tinggi dalam sektor pembinaan dan bahan binaan di dalam pasaran.

Dari sudut kajian teknikal pula, Chin Hin berada pada fasa uptrend setelah melepasi fasa sideway dan bakal membuat tujahan yang lebih tinggi. Harga semasa adalah RM 1.010 dan sekiranya paras rintangan terdekat boleh dilepasi iaitu pada RM 1.080, Chin Hin boleh mencapai kenaikan yang lebih tinggi dengan target price (TP) sekitar RM 1.60 dengan syarat harga kekal uptrend diikuti minat atau belian yang tinggi berpandukan volume yang tinggi.
Kajian fundamental dan teknikal bagi syarikat dinyatakan adalah untuk tujuan pembelajaran. Sebaliknya kajian mendalam diperlukan terutamanya mengenai tahap risiko pelaburan dan segala keputusan yang dibuat berdasarkan kajian ini adalah di atas tanggungjawab sendiri.
Sumber Rujukan:
- Malaysiastock.biz
- Tradingview.com
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)