• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Frontken Corporation Berhad

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Frontken Corporation Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Keuntungan bersih Frontken melonjak sebanyak 21.7% untuk suku tahun terkini

CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.

CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Bursa Malaysia Berhad (Bursa).

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M

Latar Belakang Frontken Corporation Berhad (FRONTKN) (0128)

Frontken Corporation Berhad (FRONTKN) merupakan salah satu peneraju pembekal dan perkhidmatan untuk industri semikonduktor dan perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini adalah seperti;-

  • Precision Cleaning
  • Rotating Equipment
  • Surface Treatment

Frontken merupakan syarikat sektor teknologi yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia. Syarikat ini mempunyai nilai pasaran lebih daripada RM5 bilion dan sahamnya didagangkan sekitar RM3.20 seunit ketika artikel ini ditulis. 

Jom kita kaji kaunter Frontken ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.

C- Current Earnings Frontken

Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.

Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener

Pertumbuhan pendapatan bersih Frontken mencatatkan pertumbuhan yang positif secara konsisten untuk enam suku tahunan terkini. 

Frontken telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM24.74 juta untuk suku tahun terkini, meningkat sebanyak 21.7% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. 

Peningkatan keuntungan bersih ini kebanyakannya disumbangkan oleh segment semikonduktor syarikat ini yang berkembang dengan sangat pesat.

A- Annual Earnings Frontken

Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu ukur prestasi pendapatan tahunan.

Sumber: KLSE Screener

Jika kita merujuk kepada peningkatan keuntungan bersih syarikat ini secara tahunan, Frontken mencatatkan peningkatan keuntungan bersih secara konsisten sejak tahun 2015 sehingga tahun kewangan terkini.

Pendapatan bersih tahun 2020 meningkat sebanyak 18.5% berbanding tahun sebelumnya dan ianya disebabkan perkembangan perusahaan segmen semikonduktor syarikat ini. 

N- News, New High, New Management

News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.  

Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.

Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: Maybank Investment Bank, JF Apex Securities & Hong Leong Investment Bank

Pada 30 Julai 2021, tiga penganalisa pasaran telah memberikan saranan belian terhadap saham Frontken atas sebab yang sama iaitu perkembangan segmen semikonduktor syarikat ini. 

Maybank Investment telah meletakkan harga sasaran terhadap saham ini iaitu RM3.90 bagi jangka masa 12 bulan akan datang.

JF Apex Securities Berhad pula meletakkan sasaran harga saham Frontken ini kepada RM3.86 seunit sementara Hong Leong Investment Berhad Bank meletakkan sasaran RM3.88. 

S- Supply and Demand

Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.

Jumlah unit saham yang didagangkan akan menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.

Jumlah unit saham Frontken yang didagangkan adalah sebanyak 1.57 bilion unit.

Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com

Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.

Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Frontken lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini. 

Namun, data ini diambil satu jam selepas pasaran dibuka dan ianya tidak menggambarkan keadaan pasaran secara menyeluruh. 

 L- Leader and Laggard

Leader and laggard adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.

Sumber :

Pergerakan harga saham Frontken (Biru) puratanya adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks teknologi di Bursa Malaysia (Oren).

Oleh yang demikian, saham Bursa boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.

Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah Bursa masih merupakan leader kepada sektor teknologi?

I- Institutional Investor

Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Khazanah Nasional Berhad

Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace

Bagi syarikat Frontken, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-

  • Public Mutual Berhad
  • Kenanga Investors Berhad
  • The Vanguard Group Inc

Pelabur institusi yang lain pula adalah seperti AIA Berhad, Public Islamic Opportunities Fund,dan juga Acadian Asset Management LLC. 

M- Market Direction

Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.

Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber :

Secara keseluruhannya, saham ini dilihat sedang berada di fasa uptrend dan dilihat tiada tanda saham ini untuk membuat perubahan trend dalam masa yang terdekat.

Selepas fasa uptrend ini, saham ini mungkin akan masuk ke fasa distribution atau meneruskan fasa uptrend ini jika permintaan belian terhadap saham ini berterusan. 

Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share417ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In