• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM82 Juta Pada Suku Kedua 2021

in Berita
A A
Untung Bersih Petronas Dagangan Pada Suku Ketiga Merosot Kepada RM212.66 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd melonjak kepada RM82.14 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2021 daripada RM3.15 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas berikutan kenaikan harga minyak dan jumlahnya yang lebih tinggi.

Pendapatan meningkat kepada RM5.14 bilion berbanding RM2.93 bilion manakala pendapatan asas sesaham naik kepada 8.30 sen daripada 0.40 sen.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata perniagaan Petronas Dagangan kini bertambah baik secara beransur-ansur dari tahun lepas bagaimanapun ia kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan ketika ini dan akan terus mengoptimumkan sumbernya.

“Kami juga akan terus melihat kepada kepelbagaian portfolio kami sambil memanfaatkan perkongsian strategik serta platform digital yang dapat menyokong strategi berdaya tahan Petronas Dagangan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Azrul berkata seiring dengan mempercepatkan segmen bukan bahan bakarnya, perniagaan runcit akan memperluaskan sudut sedia untuk dimakan di Kedai Mesra ke 80 lokasi di seluruh negara pada akhir tahun ini.

Petronas Dagangan juga akan memanfaatkan platform digitalnya untuk menawarkan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan melalui integrasi program kesetiaan Mesra dengan aplikasi Setel.

Pada suku yang sama, syarikat itu memperkenalkan aplikasi mudah alih Gas Petronas di kawasan terpilih di Lembah Klang untuk memudahkan pesanan gas memasak.

“Pandemik yang berpanjangan kekal menjadi risiko utama bagi Petronas Dagangan. Namun, kami menjangkakan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kelonggaran sekatan perjalanan akan membantu mendorong aktiviti ekonomi.

“Kami akan terus memantau trend pasaran untuk peluang pertumbuhan dan mempercepatkan kempen pemasaran yang disasarkan kami,” kata Azrul.

Petronas Dagangan mengisytiharkan dividen interim 10 sen sesaham biasa untuk suku kedua.

Pada penutupan hari ini, saham Petronas Dagangan meningkat 0.43 peratus kepada RM18.80 dengan 78.400 saham diniagakan.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In