Kita tahu keadaan pasaran saham tempatan sejak dua menjak ini agak suram akibat daripada penularan wabak Covid-19 sehingga menghadkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga kemelut politik yang melanda negara.
Baca: Bagaimana Kestabilan Politik Beri Impak Kepada Pasaran Saham?
Tapi apa yang jatuh hanyalah indeks FBM KLCI yang hanya menggambarkan 30 saham berwajaran tinggi sahaja. Ianya tidak menggambarkan keseluruhan saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?
Ini kerana masih ada saham-saham yang terus membuat kenaikan sejak dua bulan lalu sehingga ke hari ini seolah-olah tidak terkesan dengan sentimen ekonomi semasa.
Tapi betul ke ada saham yang boleh berikan pulangan sehingga 150% dalam masa kurang daripada lima bulan?
Pulangan 185% Dalam Masa Lebih Dua Bulan
Sumber :
Harga saham diatas membuat kenaikan sejak awal bulan Jun 2021 sehingga ke hari ini. Jika pelabur membeli ketika saham ini membuat breakout pada 3 jun 2021 dengan harga ketika itu sekitar RM0.820, pada 17 Ogos 2021 telah mencecah RM2.33 seunit.
Dalam masa 75 hari sahaja, saham ini telah mencatatkan peningkatan harga hampir 185% dan masih berada di fasa uptrend yang kuat ketika artikel ini ditulis.
Jika kita mempunyai modal pelaburan sebanyak RM1,000 dan membeli sebanyak 12 lot saham ini ketika breakout pada 3 Jun 2021 dengan kos kasar bernilai RM984 sahaja, hari ini wang pelaburan tersebut akan menjadi hampir RM1,820.
Pulangan Saham Ini Pula Lebih 170% Dalam Masa Dua Bulan
Sumber :
Saham ini pula mencatatkan peningkatan lebih 170% dalam masa 69 hari sahaja jika pelabur membuat pembelian semasa breakout pada 9 Jun 2021 dengan harga RM1.83 seunit.
Pada 17 Ogos 2021, harga saham ini ditutup pada RM4.99 dan ianya menjadikan keuntungan sebanyak 172.7% kepada pelabur yang membuat pembelian pada 9 Jun 2021 tempoh hari.
Jika pelabur mempunyai modal sebanyak RM1,000, pelabur boleh membeli sebanyak 5 lot saham ini pada harga RM1.83 seunit dengan kos kasar bernilai RM915 sahaja.
Pada 17 Ogos 2021 dan harga penutup ketika itu pada RM4.99, pelaburan tadi kini bernilai sebanyak RM1,573.8 untuk masa tidak sampai tiga bulan.
Mesti seronok kan jika kita membeli saham-saham ini semasa ianya membuat breakout tempoh hari.
Baca : 4 Jenis Breakout
Itulah, cerita “kalau beli” ni memang sedap.
Tapi jika tiada ilmu macam mana nak detect awal saham-saham sebegini?
Baca: Mana Lagi Untung, Saham Murah Atau Saham Mahal?
Sebab itu pentingnya kita mempunyai ilmu pelaburan saham ini supaya kita mampu menggandakan wang pelaburan.
Selepas dah ada ilmu, mindset pula perlu dilatih. Ramai yang nak cari saham beli hari ini esok dapat 100% dan tak ramai juga yang sanggup menunggu dan memegang saham lebih daripada satu bulan.
Jika kita mempunyai mindset begini, sukarlah untuk kita konsisten dalam pelaburan saham.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




