• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada Isnin untuk diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini, didorong oleh belian yang berterusan di kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan yang terpilih serta perkhidmatan kewangan, dalam persekitaran prospek berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.04 mata kepada 1,503.77 daripada 1,496.73 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 2.70 mata kepada 1,499.43.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 291 berbanding 201, manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,400 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 435.36 juta unit bernilai RM211.78 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata indeks utama dijangka terus diniagakan tidak banyak berubah dengan paras halangan pada 1,500-1,520 dan paras sokongan pada 1,450-1,480.

“Pelabur dijangka terus optimis terhadap sektor yang mencatatkan pemulihan seperti saham pengguna dan bahan binaan berikutan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat yang menjadi tumpuan. Selain itu, sektor teknologi masih mendapat perhatian dengan jangkaan positif untuk musim pelaporan pendapatan pada Ogos,” katanya.

Bagaimanapun, katanya walaupun terdapat trend meningkat di Wall Street, COVID-19 dan perkembangan politik semasa di Malaysia dijangka terus mendorong minat belian di bursa tempatan.

Firma penyelidikan itu berkata FBM KLCI mencatatkan kenaikan pada Isnin sebelum cuti umum dengan jumlah dagangan yang rendah.

“FBM KLCI dan pasaran lebih luas tinggi pada Isnin kebanyakannya didorong oleh kenaikan dalam sektor berkaitan pengguna serta pengangkutan dan logistik selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk individu yang mendapat vaksinasi sepenuhnya,” katanya.

Pasaran tempatan turut memberi reaksi yang baik terhadap Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan yang meningkat 1.4 peratus tahun ke tahun pada Jun.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing menambah 4.0 sen kepada RM8.04 dan RM8.04, Public Bank dan TNB, masing-masing naik 2.0 sen kepada RM3.98 dan 9.70 manakala IHH Healthcare merosot 1.0 sen kepada RM5.78.

Daripada saham aktif, TA Win naik 1.5 sen kepada 18.5 sen, TFP Solutions dan Scope Industries, masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 20.5 dan 28.5 sen manakala Tanco tidak berubah pada 21.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 44.73 mata kepada 11,043.07, FBM ACE meningkat 71.26 mata kepada 7,265.47, FBM 70 menokok 52.10 mata kepada 14,647.04, Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.59 mata kepada 12,108.78 dan Indeks FBMT 100 naik 47.20 mata kepada 10,754.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 71.33 mata kepada 14,798.26, Indeks Perladangan naik 23.89 mata kepada 6,125.23 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.43 mata kepada 190.75.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In