FBM KLCI jatuh teruk pada bulan Julai tetapi kenapa masih ramai yang untung besar? Indeks memanglah membuat penurunan tetapi indeks FBM KLCI hanya mewakili 30 saham terbesar di Bursa Malaysia.
Pelabur yang berjaya buat untung bijak mencari peluang di saham lain.
Sumber :
Indeks FBM KLCI pada 1 Julai 2021 : 1,534.23
Indeks FBM KLCI pada 30 Julai 2021 : 1,494.60
Ketika kesemua pelabur mengharapkan indeks FBM KLCI terus bertahan di atas paras psikologi 1,500 mata sebaliknya indeks patah support pula di hari terakhir bulan Julai 2021.
FBM KLCI ditutup pada 1,494.60 mata pada hari terakhir sesi dagangan Julai 2021.
Secara keseluruhan, FBM KLCI masih lagi berada dalam fasa downtrend. Ini bukanlah sesuatu yang sihat kepada pasaran saham kita.
Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2021.
Sumber: Majalah Labur
Daripada senarai di atas, kami akan kongsikan ulasan 3 daripada 10 saham tersebut. Saham-saham yang dipilih adalah daripada sektor yang berlainan.
- Genetec Technology Berhad (Sektor Teknologi)
- B.I.G Industries Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
- Hwa Tai Industries Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
1. Genetec Technology Berhad (0104)
Sumber: Genetec
Genetec Technology Berhad ditubuhkan pada tahun 1997 menyediakan perkhidmatan pemasangan automasi dan servis kejuruteraan. Pada ketika itu, Genetec hanya beroperasi di sebuah bangunan dengan keluasan 3,800 kaki persegi. Setelah itu, syarikat ini terus berkembang pesat.
Pada tahun 2004, Genetec disenaraikan di Bursa Malaysia buat pertama kalinya.
Syarikat ini mempunyai beberapa segmen perniagaan dalam industri yang berbeza contohnya seperti :
- Pembuatan kenderaan elektrik & bateri
- Automotif
- Persisian komputer
- Barangan pengguna
- Penjagaan kesihatan
Ulasan Mengenai Saham Genetec
- Siapa sangka saham ini hanya berharga RM1.80 pada awal tahun ini dan kini telah berharga di atas RM20. Kenaikan tersebut telah mencapai 1000%!
- Kalau anda perasan, Genetec memiliki jumlah saham yang amat rendah iaitu sebanyak 50 juta unit saham sahaja. Ia menjadikan saham Genetec volatile, bermaksud saham ini mudah untuk naik dan juga turun.
Sumber: malaysiastock.biz
- Genetec tidak menunjukkan prestasi yang konsisten. Syarikat ini membuat keuntungan dan mengalami kerugian secara tidak konsisten. Namun, Genetec berjaya membuat margin keuntungan sebanyak 20.3% pada suku pertama 2021.
Sumber: malaysiastock.biz
- Salah satu pemangkin kepada kebangkitan Genetec dari sudut prestasi kewangan dan harga sahamnya adalah kerana penglibatannya dalam industri kenderaan elektrik.
Sumber: The Star
- Namun, sekiranya anda nampak peluang dari sudut analisa teknikal, kenapa tidak ambil peluang tersebut?
Sumber :
- Sepanjang bulan Julai 2021, Genetec kekal berada di atas paras EMA 9 dan ini merupakan indikator short term yang boleh digunakan oleh pedagang. Sekiranya, saham kekal bertahan di atas EMA9, EMA50 dan EMA200, saham ini masih kekal dalam fasa uptrend.
2. B.I.G Industries Berhad (7005)
B.I.G Industries Berhad telah beroperasi lebih dari 30 tahun di timur Malaysia. B.I.G mewakili Bintulu Industrial Gas. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 di Miri,Sarawak dan mula disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia pada tahun 1995. Kini, B.I.G telah disenaraikan di Papan Utama dan terlibat dalam :
- Pembuatan, pengedaran dan penjualan gas industri, menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan penjualan produk berkaitan di seluruh Malaysia.
- Pembuatan, pengedaran dan penjualan produk konkrit siap digunakan dan servis berkaitan di Sabah
- Pembangunan hartanah di seluruh Malaysia
Sumber: BIG
3 teras perniagaan B.I.G adalah gas, konkrit dan hartanah.
Ulasan Mengenai Saham B.I.G
- Prestasi kewangan tahunan B.I.G Industries tidak konsisten dalam meraih keuntungan. Meskipun ada ketika syarikat membuat keuntungan, margin keuntungan tersebut adalah sangat kecil.
Sumber: malaysiastock.biz
- Jumlah saham B.I.G yang sangat rendah iaitu hanya sebanyak 52.90 juta unit antara penyebab saham ini mudah membuat kenaikan. Saham yang ringan mempunyai volatility yang sangat tinggi. Pelabur harus berhati-hati terhadap saham seperti ini.
Sumber: malaysiastock.biz
- Selain itu, kenaikan harga saham B.I.G secara mendadak juga didorong oleh jangkaan pelabur bahawa permintaan terhadap bekalan oksigen akan meningkat susulan peningkatan kes Covid-19.
Sumber: Industrial gases producer BIG Industries rallies to multi-year high
- Sepanjang bulan Julai 2021, terdapat beberapa breakout yang dilakukan oleh B.I.G. Dapat dilihat breakout tersebut turut hadir bersama volume yang tinggi. Pelabur yang bijak boleh mencari peluang entry apabila sesebuah saham membuat breakout.
Sumber :
3. Hwa Tai Industries Berhad (8478)
Sumber: Hwa Tai
Anda pernah nampak biskut-biskut di atas di pasar raya? Jika pernah, biskut ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar biskut terkemuka dan tertua di Malaysia iaitu Hwa Tai Industries Berhad. Hwa Tai ditubuhkan pada tahun 1962 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1992.
Sejak itu syarikat ini berkembang menjadi salah satu pemain terbesar dalam industri biskut di negara ini dan telah menghasilkan pelbagai jenis biskut berkualiti tinggi.
Biskut ini dipasarkan dengan jenama “Hwa Tai” dan “Luxury”.
Ulasan Mengenai Saham Hwatai
- Sama seperti B.I.G, Hwatai turut memiliki jumlah saham yang sedikit iaitu hanya sebanyak 74.83 juta unit. Sekiranya anda perasan, bulan Julai 2021 menyaksikan banyak saham yang ringan mendapat minat belian pelabur.
Sumber: malaysiastock.biz
- Hwatai mula merekodkan keuntungan semenjak suku keempat 2019 sehingga kini. Namun, margin keuntungan syarikat tersebut adalah sangat rendah.
Sumber: malaysiastock.biz
- Sepanjang tahun 2021, Hwa Tai beberapa kali cuba memecahkan paras rintangan RM0.635 tetapi tidak berjaya. Hwa Tai akhirnya berjaya memecahkan rintangan tersebut pada 22 Julai 2021.
Sumber :
- Sekiranya anda perasan, breakout pada hari tersebut bermula dengan gap up. Gap up berlaku apabila minat belian di pasaran sangat kuat lalu menyebabkan harga pembukaan pada sebelah pagi melonjak lebih tinggi dari harga penutup hari sebelumnya.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)