• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Cara Dapat Dividen RM1,000 Setahun Dengan Pelaburan Saham

in Fundamental Analisis
A A
Cara Dapat Dividen RM1,000 Setahun Dengan Pelaburan Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Strategi buat duit dalam pasaran saham tidak terhad kepada jangka pendek, macam beli pagi dan jual petang.

Tak semua orang yang melabur saham mencari keuntungan jangka masa pendek. Ada yang melabur dalam pasaran saham kerana memang mahu menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat tersebut disamping mendapat pulangan dividen setiap tahun. 

Walaupun lebih daripada 700 syarikat yang didagangkan di pasaran saham tempatan, tidak semua syarikat ini menawarkan pemberian dividen kepada pelabur mereka. 

Ini kerana pemberian dividen oleh syarikat bukan suatu kewajipan. 

Maka pelabur perlu pandai mencari syarikat yang memberikan dividen secara konsisten kepada pelabur mereka. 

Pelabur juga perlu faham apa beza dividen per share dan juga dividend yield.

Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)?

Persoalannya, boleh ke pelabur mendapat dividen sebanyak RM1,000 setahun dengan melabur saham syarikat tempatan ini?

Jika boleh, berapa modal yang diperlukan? 

Cara Nak Dapat Dividen RM1,000 Setahun

Untuk mendapatkan pulangan dividen yang konsisten, pelabur perlu memilih saham syarikat yang mempunyai fundamental yang kukuh terutamanya dari segi kewangan syarikat.

Kebiasaannya, syarikat yang kerap memberikan dividen kepada pelabur adalah syarikat yang tergolong dalam sektor atau saham defensif. 

Baca: 3 Jenis Saham Yang Pelabur Perlu Tahu

Ramai pelabur tersilap dengan membeli saham yang murah dan banyak dengan harapan bakal mendapat pulangan dividen yang banyak. 

Oleh itu pelabur perlu bijak untuk memilih saham yang memberikan dividen yang setimpal dengan harga semasa saham tersebut supaya kita dapat melabur dengan modal yang optimum. 

Pulangan RM1,000 Setahun Dengan Saham Tenaga

Sumber: Malaysiastock.biz

Seperti kita tahu, Tenaga merupakan syarikat dalam sektor Utiliti yang membekalkan tenaga elektrik di seluruh semenanjung Malaysia. 

Jika kita melihat pemberian dividen daripada Tenaga, jumlah pemberian dividen sangat konsisten sejak tahun 2012 dan jumlahnya juga dilihat semakin meningkat hampir setiap tahun. 

Untuk tahun kewangan terkini, Tenaga telah membayar RM0.80 dividen untuk seunit saham yang dimiliki pelabur. 

Harga semasa saham ini pula adalah sekitar RM9.67, jadi berapa lot yang perlu dibeli untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun?

Untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun berdasarkan jumlah dividen tenaga yang terkini iaitu RM0.80 sesaham adalah dengan memiliki sekurang-kurangnya 13 lot sahaja atau 1,300 unit. 

Kos kasar yang terlibat jika kita merujuk harga terkini saham ini sekitar RM9.67 adalah sebanyak RM12,571.

Jika tahun kewangan yang akan datang tenaga memberikan dividen sama atau lebih banyak daripada RM0.80, jumlah dividen yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah sebanyak RM1,040.

Pulangan RM1,000 Setahun Dengan Saham Bursa

Sumber: Malaysiastock.biz

Bursa pula salah satu syarikat di sektor kewangan yang mempunyai status patuh syariah untuk saham yang diapungkannya. 

Jika melihat gambar diatas, Bursa juga merupakan syarikat yang memberikan dividen secara konsisten sejak tahun 2011 dan jumlah dividen untuk tahun terkini adalah RM0.51 sesaham.

Harga semasa saham Bursa lebih rendah berbanding saham Tenaga iaitu sekitar RM7.66 sesaham. Jadi untuk mendapatkan dividen RM1,000 setiap tahun, berapa lot perlu dibeli dan berapa kos yang diperlukan? 

Untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun, pelabur perlu memiliki saham sebanyak 20 lot sahaja jika jumlah dividen untuk tahun kewangan akan datang sama atau lebih tinggi berbanding RM0.51 sesaham. 

Kos kasar yang terlibat pula adalah sebanyak RM15,320 untuk membeli 20 lot saham Bursa dengan harga RM7.66 sesaham.

Dengan memiliki 20 lot saham Bursa dan mendapat dividen yang sama banyak untuk tahun kewangan akan datang, jumlah dividen yang akan diterima oleh pelabur adalah sebanyak RM1,020 setahun.

Walaupun harga saham Bursa lebih rendah berbanding Tenaga, tetapi untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun, pelabur saham Bursa memerlukan modal yang lebih banyak berbanding pelabur saham tenaga. 

Pulangan RM1,000 Setahun Dengan Saham Hup Seng

Sumber: Malaysiastock.biz

Jenama Hup Seng sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai jenama biskut yang digemari ramai. Syarikat ini merupakan syarikat sektor pengguna di Bursa Malaysia.

Jika kita merujuk kepada gambar diatas, Hup Seng juga merupakan syarikat yang memberikan dividen secara konsisten sejak tahun 2011 walaupun jumlahnya berkurangan selepas tahun 2013. 

Hupseng telah memberikan dividen sebanyak RM0.06 sesaham sejak tahun 2015 sehingga tahun kewangan terkini. 

Harga saham ini pula sekitar RM0.95 sesaham, jadi berapa banyak perlu dibeli untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun?

Untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun, pelabur perlu memiliki sekurang-kurangnya 167 lot saham Hupseng. 

Kos kasar yang terlibat untuk membeli sebanyak 167 lot dengan harga RM0.95 sesaham adalah RM15,865. 

Dengan memiliki 167 lot saham Hup Seng dan jika dividen untuk tahun kewangan akan datang sama iaitu RM0.06 sesaham, dividen yang bakal diterima adalah sebanyak RM1,002 setahun. 

Walaupun harga saham Hupseng jauh lebih murah berbanding saham Tenaga dan Bursa, namun kos untuk mendapatkan dividen sebanyak RM1,000 setahun lebih mahal untuk pelabur saham Hup Seng. 

Pemberian dividen ini tidak menentu jumlahnya oleh syarikat, boleh jadi syarikat memberikan jumlah dividen yang sama banyak, kurang atau lebih banyak untuk tahun kewangan berikutnya.

Oleh itu, pelabur hanya boleh menjangkakan jumlah yang bakal diterima dan hanya akan mengetahui jumlah yang sebenar selepas syarikat mengumumkan pemberian dividen pada tahun berkenaan. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1207ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In