• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Boleh Ke Beli IPO Di Wall Street?

in Saham Global
A A
Boleh Ke Beli IPO Di Wall Street?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Ramai yang buat untung melalui pembelian IPO di Bursa Malaysia. Ada yang buat untung sehingga 100% seawal hari pertama syarikat disenaraikan. 

Pastinya ramai yang teruja dengan IPO dan potensi keuntungan yang ada pada IPO.

Apakah maksud IPO?

Initial Public Offering (IPO) terjadi apabila syarikat persendirian menawarkan saham syarikat kepada orang awam untuk pertama kalinya. Tawaran awam awal juga membolehkan syarikat mengumpul modal bagi mengembangkan perniagaannya.

Sesetengah syarikat juga memilih untuk menjual sebahagian saham syarikat untuk membayar hutang syarikat.

Tahukah anda sepanjang tahun 2000 sehingga tahun 2021, terdapat sebanyak 5357 IPO baru di Wall Street?

Antara syarikat gergasi yang baru disenaraikan di Wall Street pada tahun ini adalah Airbnb Inc dan DoorDash.

Airbnb merupakan sebuah platform untuk memudahkan orang ramai mencari tempat tinggal di serata dunia.

Baca: Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

DoorDash pula merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan di Amerika Syarikat. Malah Grab pun bakal IPO tahun ini.

Baca : Grab Bakal IPO Di Wall Street

Setakat bulan Julai 2021, terdapat 662 IPO di Wall Street! Bayangkan betapa meriahnya Wall Street setiap tahun kerana beratus-ratus syarikat berebut untuk diapungkan di pasaran saham. 

Sumber: Stock Analysis

Para pelabur dari serata dunia pula sudah tentu tertarik kerana pelabur mempunyai banyak pilihan saham untuk dibeli.

Jom lihat prestasi IPO di Wall Street setakat separuh pertama tahun 2021. 

Boleh Beli IPO Di Wall Street?

Setakat ini terdapat beberapa broker tempatan yang menawarkan pembelian saham global seperti CGS-CIMB, RHB, BIMB, MIDF dan lain-lain. Namun, buat masa ini bukan semua broker tempatan yang menawarkan permohonan IPO di luar negara. 

Berdasarkan pertanyaan kami kepada pihak RHB, remisier RHB menyatakan:

“IPO luar bergantung kepada tawaran yang ada. Permohonan IPO luar negara boleh dipohon melalui broker dan pelabur perlu mengisi borang. Walaubagaimanapun, tidak semua IPO luar negara yang ditawarkan melalui broker tersebut kepada pelabur tempatan.”

Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai permohonan IPO luar negara, anda boleh rujuk kepada remisier dan dealer masing-masing.

Sama-sama kita nantikan agar broker tempatan mempunyai features yang membolehkan kita memohon IPO di Wall Street. Namun jangan risau, buat sementara waktu apa kata anda membeli saham Wall Street yang telah disenaraikan. Banyak saham yang berpotensi di Wall Street yang boleh memberikan keuntungan kepada kita. 

Baca: Cara Beli Saham di Luar Negara (NYSE, Nasdaq, SGX) Menggunakan RHB TradeSmart

Kami juga berkongsi senarai 10 saham patuh syariah paling untung di Wall Street pada setiap minggu. Cari peluang untuk beli saham-saham yang berkualiti di Wall Street.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share494ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In