• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Membeli Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia pulih daripada kemerosotan minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini dengan kemunculan kegiatan membeli, didorong oleh sentimen pasaran yang semakin baik.

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,497.14 daripada penutupan Jumaat pada 1,494.6.

Indeks utama dibuka 2.79 mata lebih tinggi pada 1,497.39.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 217 berbalas 181 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,501 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 236.56 juta unit bernilai RM108.34 juta.

Seorang peniaga berkata sentimen di pasaran dirangsang oleh kebimbangan yang kian berkurangan terhadap sekatan peraturan di China yang menyebabkan ekuiti Asia menyusut teruk kepada paras terendah dalam tempoh tujuh bulan minggu lepas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.03, Public Bank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM3.99 dan RM4.46, sementara Tenaga tidak berubah pada RM9.64.

PetChem turun tiga sen kepada RM8.01 dan IHH kerugian enam sen kepada RM5.58.

Antara saham aktif, M3 turun 1.5 sen kepada lima sen, MAG tidak berubah pada 19 sen, Datasonic naik 2.5 sen kepada 48.5 sen dan Resintech meningkat 15.5 sen kepada 75 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 32.13 mata kepada 11,005.6, Indeks FBMT 100 meningkat 28.8 mata kepada 10,710.05, FBM 70 mengembang 80.67 mata kepada 14,598.96, Indeks FBM Emas Syariah naik 37 mata kepada 12,086.08, sementara FBM ACE turun 6.43 mata kepada 7,134.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.06 mata pada 14,718.52, sementara Indeks Perladangan susut 6.64 mata kepada 6,032.4 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.09 mata kepada 187.11.

Sementara itu, urus niaga saham Pecca Group Bhd dihentikan dari jam 9 pagi hari ini, sementara menunggu pengumuman penting.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In