Hampir semua peralatan yang kita gunakan hari ini bergantung pada semikonduktor silicon yang dikenali sebagai cip.
Dari peti sejuk, penghawa dingin yang mengawal cuaca sejuk dalam rumah kita terutama ketika musim work-from-home, komputer super yang paling maju, ketuhar pembakar roti sehinggalah ke Iphone yang kita pakai, semuanya mengandungi cip. Apa yang menghidupkan lampu isyarat untuk befungsi, apa yang menghidupkan radio di dalam kereta anda. Itulah Cip.
Seluruh dunia tidak boleh berfungsi tanpa cip semikonduktor. 1 trilion cip dibuat setiap tahun atau bersamaan dengan 128 cip bagi setiap manusia di muka bumi ini. Cip semikonduktor telah disebut sebagai minyak baru dalam era digital.
Kekurangan semikonduktor di peringkat global telah menghentam industri pembuat kenderaan dan syarikat gergasi teknologi, menyebabkan kerisauan pada pihak Washington, Brussels hingga ke Beijing.
Baca : Semikonduktor: Asas Kepada Teknologi Moden
Banyak faktor yang menyumbang kepada kekurangan cip yang kita lihat hari ini. Pandemik Covid-19 merupakan faktor utama. Pandemik ini mengubah tingkah laku pengguna. Pengguna banyak membuat belian komputer peribadi, telefon baru, tablet, Xbox, PS5 dan syarikat-syarikat menaik taraf infrastruktur digital mereka bagi membolehkan kerja jarak jauh lebih selesa dan semua pembelian ini meningkatkan permintaan belian cip.

Pada tahun 2020, industri seperti pembuat kenderaan mengurangkan pembelian cip namun ekonomi di Asia Timur bangkit lebih cepat daripada jangkaan dengan permintaan lebih banyak untuk kereta. Pembuat kereta menyimpan inventori terhad, jadi dengan permintaan yang tinggi terhadap kereta, pembuat kereta membuat belian cip yang lebih banyak.
Malangnya, industri pembuatan cip tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan cepat. Pelanggan diminta untuk meneruskan pembinaan produk tanpa cip buatannya buat sementara waktu atau beralih ke tempat lain yang lebih cepat.
Masalah ini telah menimbulkan persoalan dalam kalangan pembuat dasar, pelanggan dan pelabur: Mengapa kita tidak boleh membuat lebih banyak cip?
Jawapannya tidak semudah yang kita fikirkan. Bahasa mudahnya ialah membuat cip sangat sukar serta kompleks dengan memerlukan tenaga kerja pakar dan kos yang lebih tinggi.
Nak tahu lebih lanjut kenapa cip lambat dihasilkan? Nantikan artikel susulan pada minggu seterusnya.
Artikel ini ditulis oleh Tuan Iskandar dan disunting oleh Hannaan Khairy.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)