• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hextar Global Meterai Perjanjian Konsortium Mohon Lesen Bank Digital

in Catalyst
A A
Hextar Beli Nobel Group Dengan Nilai RM105 Juta Perluas Kedudukan Dalam Sektor Bahan Kimia Khusus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Hextar Global Bhd menandatangani perjanjian konsortium dengan Arcadia Acres Sdn Bhd dan Ihsan Equity Sdn Bhd untuk mengemukakan permohonan lesen bank digital daripada Bank Negara Malaysia.

Konsortium itu dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata langkah tersebut merupakan julung kalinya ketiga-tiga pihak berkenaan bekerjasama dengan setiap rakan kongsi bagi menyumbangkan kepakaran dan platform uniknya yang tersendiri untuk menubuhkan bank digital patuh syariah.

Konsortium itu juga dijangka disertai agensi pembangunan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menaik taraf dan menambah baik golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini, tambahnya.

Pengarah Eksekutif Hextar Global Datuk Eddie Ong Choo Meng berkata Arcadia telah menyediakan cadangan komprehensif, yang menetapkan satu pelan tindakan jelas untuk menggalakkan inklusi dan literasi kewangan terutamanya dalam kalangan golongan yang tidak diberikan perkhidmatan yang sepatutnya menerusi bank digital. 

Menurutnya, syarikat itu berhasrat untuk berkembang ke bidang ekonomi digital yang akan melengkapkan perniagaannya pada masa kini.

“Dengan platform lapan entiti yang tersenarai dalam kumpulan syarikat Hextar yang lebih besar yang terlibat dalam pelbagai industri seperti telekomunikasi, logistik dan produk pengguna, kami dapat menyediakan akses kepada lapisan ekosistem yang berkembang maju yang boleh dimanfaatkan oleh bank,” kata Ong.

Pengarah Urusan Arcadia, Zainal Abidin Abd Jalil berkata penglibatan dan pengalaman luas syarikat itu dalam projek kerajaan kerajaan yang melibatkan teknologi digital dan biasa beroperasi dalam persekitaran yang dikawal selia ketat adalah menerusi syarikat pelaburannya iaitu Dagang NeXchange Bhd dan Theta Edge Bhd.

“Ini memberikan kami kepakaran untuk memahami keperluan dan membina infrastruktur optimum bagi bank berdasarkan teknologi canggih utama,” katanya.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In