• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

CTOS Disenaraikan Pada Premium 36.4 Peratus

in Berita
A A
CTOS Disenaraikan Pada Premium 36.4 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — CTOS Digital Bhd mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.

Sewaktu dibuka, kaunter itu menyaksikan 13.69 juta saham bertukar tangan.

Penyenaraian agensi pelaporan kredit itu menerima permintaan runcit terbesar bagi tawaran awam permulaan (IPO) sejak 2013, menerima permohonan bernilai RM1.38 bilion dengan kadar terlebih langgan sebanyak 27.6 kali daripada awam-runcit, menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dennis Martin ketika penyenaraian IPO secara maya hari ini.

“Sokongan kukuh ini mendorong kami untuk meneruskan trajektori pertumbuhan dalam industri pelaporan kredit. Kami akan tetap berpegang teguh untuk memperluaskan perkhidmatan kami untuk seluruh kitaran pengguna, kepada syarikat besar dan PKS serta individu.

“Pada masa akan datang, kami akan terus memperluaskan penawaran produk dan jangkauan pelanggan dan menerusi pengambilalihan di rantau ASEAN,” katanya.

Martin berkata sambil mengembangkan rekod prestasinya, syarikat juga akan kekal komited untuk menyeimbangkan pertumbuhan mampan dan memberi manfaat kepada pemegang saham.

Polisi dividen CTOS Digital sebanyak 60 peratus PATAMI mempamerkan ikrar ini.

Penyenaraian syarikat pada hari ini menerima jumlah pelabur institusi terbesar yang mengambil bahagian, melibatkan 23 pelabur terkenal.

Pada 10.41 pagi, saham CTOS melonjak 49 sen kepada RM1.59 dengan 211.45 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In