Pelabur asing kekal sebagai penjual terbesar untuk tiga minggu berturut-turut
Dalam pasaran saham, kenaikan dan penurunan harga saham adalah disebabkan oleh supply dan demand. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu saham tersebut, semakin tinggi harga saham tersebut akan membuat kenaikan.
Permintaan terhadap sesuatu saham datang daripada pelbagai jenis pelabur seperti:-
- Pelabur institusi
- Pelabur asing
- Pelabur runcit
Pelabur ini yang akan menyebabkan permintaan sesuatu saham itu bertambah atau berkurang. Tindakan mereka pula dipengaruhi oleh tahap penerimaan risiko yang sanggup diterima selepas kajian dilakukan.
Salah satu perkara penting yang mempengaruhi emosi pelabur adalah kestabilan politik negara.
Jadi, bagaimana kestabilan politik ini mempengaruhi pasaran saham?
Kestabilan Politik Dan Pasaran Saham
Jika sesebuah syarikat mempunyai pengurusan yang bagus, sudah semestinya syarikat tersebut mampu menarik minat pelabur untuk melabur di dalam syarikatnya.
Sebaliknya pula jika syarikat mempunyai masalah baik dari segi pengurusan ataupun masalah dalaman syarikat, pelabur semestinya tidak mahu melabur dalam syarikat tersebut. Lihat apa terjadi kepada syarikat Serba Dinamik baru-baru ini.
Baca: Serba Dinamik: Apa Yang Berlaku?
Begitu juga dengan keadaan ekonomi sesebuah negara, yang menguruskan negara adalah ahli politik yang telah dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya dilakukan. Jika kerajaan bagus dan kukuh, ekonomi sesebuah negara juga akan semakin maju.
Sumber :
Apabila kerajaan bertukar kepada kerajaan baru seperti apa yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu, pelabur akan mula mengambil langkah berjaga-jaga dan melepaskan pegangan saham mereka sehingga menyebabkan supply lebih tinggi daripada demand, akibatnya indeks pasaran saham jatuh dengan teruk ketika itu seperti yang ditunjukkan pada carta di atas.
Sumber: Pejabat Perdana Menteri
Sama juga halnya ketika kerajaan Perikatan Nasional menjadi kerajaan secara tiba-tiba menggantikan kerajaan Pakatan Harapan setelah ada ahli mereka lompat ke parti lain menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan majoritinya.
Sumber :
Sekali lagi indeks FBMKLCI ketika itu diseret jatuh kepada 1460 mata sebelum mata tersebut jatuh lebih teruk akibat daripada pandemik Covid-19 pada tahun lepas.
Sumber :
Sama juga halnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di sidang media bahawa beliau mempunyai majoriti sokongan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, indeks FBMKLCI yang ketika itu mencuba untuk memecahkan rintangan 1700 mata, gagal dan menarik indeks tersebut jatuh dengan teruk.
Sampai ke hari ini, isu perebutan kuasa antara ahli politik ini telah menyebabkan pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap pasaran menunggu sehingga keadaan politik negara reda.
Pelabur Asing Keluar Daripada Pasaran Tempatan
Sumber: CGS-CIMB
Keadaan politik semasa yang tidak menentu ini juga telah menyebabkan pelabur asing terus menjadi penjual terbesar dalam pasaran saham tempatan. Bukan pelabur asing sahaja, malah pelabur institusi juga mengambil langkah berhati-hati ketika ini.
Akibatnya, permintaan semasa dalam pasaran saham tempatan berkurangan dan telah menyebabkan indeks FBM KLCI terus berada di paras yang lemah sementara indeks pasaran saham negara lain sudah mula menunjukkan tanda kenaikan.
Semoga keadaan politik negara kita pulih seperti sediakala untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin mencabar ketika ini.
Sebagai pelabur, melaburlah dengan bijak kerana masih ada ruang dan peluang untuk menjana keuntungan dalam keadaan pasaran yang volatile ini.
Sebagai pengundi pilihan raya akan datang, pilihlah pemimpin anda dengan bijak agar kita tidak terjerut dengan kemelut politik seperti yang terjadi pada hari ini.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




