• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Penutupan Sementara Operasi Kilang Sarung Tangan Boleh Jejaskan Pendapatan, Kepentingan Seberang Laut

in Market Update
A A
K-Star Sports, AT Systematization Bekerjasama Pasarkan Sarung Tangan Ke China, Taiwan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Penutupan sementara kilang-kilang sarung tangan bukan hanya akan mempengaruhi pendapatan syarikat tetapi juga boleh menjejaskan hubungan mereka dengan pembeli luar negara terutama ketika pengeluar sarung tangan Malaysia pada masa ini berhadapan persaingan yang semakin sengit daripada pembuat sarung tangan China.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata Top Glove, Hartalega dan Kossan telah menggantung operasi kilang pengeluaran sarung tangan masing-masing di Selangor pada Selasa susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bank pelaburan itu menambah ia agak terkejut dengan perkembangan terbaru itu memandangkan sarung tangan adalah antara peralatan perlindungan diri (PPE) yang penting dan kilang-kilang berkaitannya dibenarkan beroperasi semalam PKP pertama.

“Dengan mengandaikan penutupan selama dua minggu kilang-kilang sarung tangan di Selangor di bawah PKPD, kami menjangkakan unjuran kami untuk untung bersih teras tahun kewangan 2021 akan susut, masing-masing 7.4 peratus dan 16 peratus untuk Top Glove dan Kossan,” kata bank pelaburan itu.

Maybank IB mengunjurkan keuntungan bersih Hartalega boleh menyusut 16 peratus pada tahun kewangan 2022 kerana penutupan penuh itu.

Ia menambah penggantungan kilang-kilang sarung tangan di Selangor dijangka menjejaskan sekitar 55 peratus daripada jumlah kapasiti pengeluaran Top Glove dan 100 peratus bagi Hartalega dan Kossan.

Bank pelaburan itu turut menyatakan walaupun kesan terhadap pendapatan syarikat sarung tangan masih dapat diuruskan dan bersifat sementara, sentimen pelabur terhadap kaunter sarung tangan akan semakin terhakis oleh perkembangan terbaru ini.

Prospek sektor itu kini dibayangi oleh berita negatif yang sedang berlangsung seperti penurunan harga jualan purata (ASP) berikutan persaingan yang semakin sengit dalam kalangan pemain sarung tangan baharu dan sedia ada selain daripada risiko persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG).

Sementara itu, dalam nota berasingan, AmInvestment Bank menyatakan penutupan kilang-kilang ini  boleh memperlambat penurunan ASP sarung tangan kerana bekalan adalah terhad untuk sementara waktu.

“Kami percaya PKPD ini akan  dilaksanakan sekurang-kurangnya satu bulan, sebelum kembali kepada keadaan PKP.

“Kami tidak menolak kemungkinan syarikat-syarikat ini akan diberikan kelulusan untuk menyambung kembali operasi memandangkan kepentingan sarung tangan dalam membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In