Sepanjang bulan Jun 2021, rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan untuk mengurangkan penyebaran virus Covid-19 daripada terus merebak.
Meskipun ramai yang bekerja dari rumah, namun pasaran saham tempatan tetap sendu. Hampir setiap hari Bursa Malaysia merekodkan saham yang mengalami penurunan lebih tinggi dari saham yang membuat kenaikan.
Sebelum kita pergi kepada senarai saham yang paling untung pada bulan Jun 2021, mari kita lihat terlebih dahulu prestasi indeks FBM KLCI sepanjang bulan tersebut.
Sumber:
FBM KLCI merosot sepanjang bulan Jun 2021. Pada 1 Jun 2021, FBM KLCI berada pada paras 1,585.90.
Pada penghujung bulan Jun 2021, FBM KLCI telah berada pada paras 1,532.63. Sepanjang bulan lepas, indeks telah merosot sebanyak 53.27 mata.
Jom lihat 10 saham patuh syariah paling untung bulan Jun 2021.
Sumber: Majalah Labur
Daripada senarai di atas, kami akan kongsikan lebih mendalam 3 daripada 10 saham tersebut. Saham tersebut adalah :
- Genetec Technology Berhad (Sektor Teknologi)
- K. Seng Seng Corporation Corporation Berhad (Sektor Industri)
- Sand Nisko Capital Berhad (Sektor Pengguna)
1. Genetec Technology Berhad (0104)
Sumber: Genetec
Genetec bermula hanya sebagai sebuah syarikat yang kecil pada tahun 1997 dan beroperasi di Taman Semarak, Nilai dengan hanya keluasan pejabat sebesar 3,800 kaki persegi.
Pada tahun 2005, Genetec disenaraikan di papan Mesdaq Bursa Malaysia. Genetec mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai industri yang berlainan. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam bidang kenderaan elektrik, automotif, pengkomputeran, produk pengguna dan penjagaan kesihatan.
Ulasan Mengenai Saham Genetec
- Satu perkara yang menyebabkan saham Genetec mudah untuk naik adalah kerana bilangan saham yang terapung adalah hanya sebanyak 50.43 juta unit.
Sumber: malaysiastock.biz
- Semakin ringan sesebuah saham tersebut, semakin volatile saham tersebut. Ini bermakna saham tersebut mudah untuk membuat kenaikan dan juga penurunan.
- Dari sudut fundamental, Genetec tidak mempunyai prestasi kewangan yang baik.
Sumber: malaysiastock.biz
- Daripada gambar rajah di atas, syarikat ini mencatatkan kerugian untuk dua tahun kewangan terkini.
- Meskipun terdapat tahun Genetec berjaya membuat keuntungan, margin keuntungan tersebut dilihat sangat rendah jika dibandingkan keuntungan yang dibuat dengan perolehan tahunan tersebut.
- Harga semasa Genetec telah pun berada pada paras All-Time High dengan harga setakat 5 Julai 2021 adalah pada RM15.70.
- Kenaikan saham Genetec ini bermula apabila broker CGS-CIMB mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat ini adalah proksi kepada industri kenderaan elektrik.
Baca : Genetec set to ride on expanding global EV market
- Menurut CGS-CIMB, Genetec telah menyatakan bahawa syarikat telah berjaya memperoleh permintaan sebanyak RM204.6 juta daripada pelbagai bahagian contohnya seperti EV dan bateri, automotif, pemacu cakera keras dan elektronik pengguna.
2. K. Seng Seng Corporation Berhad (5192)
Sumber: KSSC
K. Seng Seng Corporation Berhad bermula pada tahun 1985 dengan penubuhan Vinylon Industries Sdn Bhd. KSSC disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan terlibat terutamanya dalam pembuatan dan penjualan produk berkaitan keluli tahan karat.
Ulasan Mengenai Saham KSSC
- KSSC turut mempunyai bilangan saham yang sedikit iaitu sebanyak 115.20 juta unit. Ia turut menjadikan saham ini ringan seperti Genetec.
Sumber: malaysiastock.biz
- Prestasi kewangan KSSC dilihat lebih baik. Syarikat mengalami sedikit kerugian pada tahun 2019 dan 2020 namun kembali membuat keuntungan pada tahun ini.
Sumber: malaysiastock.biz
- Sebelum ini KSSC sering memberi dividen dari tahun 2011 – 2018, tetapi kali terakhir KSSC memberi dividen adalah pada tahun 2018.
- Kenaikan saham KSSC mungkin terjadi disebabkan kenaikan harga besi dunia dan bekalan besi dunia yang tidak mencukupi.
- Pihak syarikat pula berkata mereka tidak menyedari apa yang menyebabkan kenaikan mendadak harga saham KSSC.
- Tiada sebarang laporan berkaitan aktiviti perniagaan syarikat yang mendorong kepada kenaikan harga saham tersebut.
- Sand Nisko Capital Berhad (7943)
Sand Nisko Capital Berhad terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan pembuatan dan penjualan perabot. Selain itu, SNC turut terlibat dalam penjualan kayu balak serta hartanah.
Sumber: Sand Nisko
Ulasan Mengenai Saham SNC
- Bilangan saham SNC turut sama rendah dengan hanya 103.16 juta unit lalu menjadikan SNC adalah saham yang ringan.
Sumber: malaysiastock.biz
- Setelah beberapa tahun mengalami kerugian, SNC mula mencatatkan keuntungan pada suku pertama 2021. Margin keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak 10.5%.
Sumber: malaysiastock.biz
- SNC merekodkan kenaikan QoQ sebanyak 237% dan YoY sebanyak 668% dalam laporan kewangan suku pertama 2021.
- Secara teknikal, SNC telah membuat breakout sejak bulan April lagi dan terus membuat kenaikan sehingga Jun.
Sumber:
- Daripada carta, dapat dilihat pattern candlestick Three Black Crows telah terbentuk pada carta. SNC berpotensi untuk meneruskan penurunan kerana Three Black Crows merupakan bearish reversal candlestick.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Ini Ada Solusi!
Tak semua orang ada masa yang cukup untuk monitor pergerakan saham setiap hari.
Mungkin sibuk bekerja atau ada komitmen lain yang membataskan masa anda untuk melabur.
Ada juga yang selalu ikut buy call tapi tak pernah untung. Sahamnya naik tapi bila entry terus jatuh.
Apa kata kalau anda kurangkan masa monitor saham tapi tingkatkan kualiti pelaburan anda?
Haa! Webinar Swing Trading boleh bantu atasi masalah-masalah anda!
- Tak perlu menghadap pasaran saham setiap hari
- Tak perlu lari-lari dari kerja hakiki
- Tak perlu risau setiap kali anda buat entry
- Dapat menjaga emosi anda dalam pelaburan
Apa yang akan anda pelajari dalam webinar ini?
✅Mindset Power
✅Teknik Compounding
✅Jenis Chart
✅11 Jenis Reversal Candlestick
✅Market Phase
✅Buy On Breakout
✅Kajian Saham
✅Kenali Top 4 Sell Signal
✅Pemilihan Winning Stock
✅Dan banyak lagi …
Daftar sekarang di Webinar Swing Trading >> thekapital.my/swingtrading

