Kita selalu berfikir yang bonus issue adalah sesuatu yang baik kepada pelabur. Adakah bonus issue merupakan sesuatu yang benar-benar baik kepada pelabur?
Sebelum itu, lebih baik kita berkenalan dengan bonus issue terlebih dahulu. Menurut Investopedia, bonus issue bermaksud;
A bonus issue, also known as a scrip issue or a capitalization issue, is an offer of free additional shares to existing shareholders.
Jika nak memahami dengan lebih mendalam apa itu bonus issue, boleh baca artikel di bawah.
Baca : Apa Itu Bonus Issue, Share Split, Rights Issue & Share Consolidation?
Terdapat beberapa kes apabila saham-saham mengalami kejatuhan selepas bonus issue. Bukan disebabkan saham tersebut telah diselaraskan atau adjusted, tetapi saham tersebut telah hilang minat belian.
Jom lihat beberapa saham yang mengalami kejatuhan selepas bonus issue.
1. Sern Kou Resources Berhad (Sernkou)

Sumber:
Saham Sernkou baru sahaja membuat bonus issue pada 4 Jun 2021 yang lalu. Saham ini telah membuat uptrend yang kuat sejak Mac 2020 yang lalu.
Pada 21 Mei 2021, pihak syarikat telah mengumumkan pemberian bonus issue 2 : 1 bagi setiap saham yang dimiliki pemegang saham. Setelah itu, Sernkou sempat membuat kenaikan berikutan terdapat minat belian daripada pelabur yang ingin mendapatkan saham bonus Sernkou. Pelabur sudah tentulah tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan saham ini kerana bagi setiap unit saham Sernkou, pelabur akan mendapat 2 lagi saham Sernkou secara percuma.
Siapa yang tak mahu membeli saham syarikat yang memiliki prestasi kewangan seperti di bawah? Setiap tahun, Sernkou merekodkan peningkatan dalam keuntungan bersih syarikat.
Sumber: malaysiastock.biz
Berbalik semula kepada carta di atas tadi, sebaik sahaja ex-date bonus issue tersebut, saham ini terus membuat kejatuhan. Sernkou membuat bearish engulfing pada keesokan harinya.
Pada 9 Jun 2021, Sernkou sekali lagi mendapat tekanan jualan sehingga memecahkan paras sokongan dan jatuh di bawah Moving Average 200.
Sekiranya saham jatuh di bawah Moving Average 200, dapat disimpulkan bahawa saham tersebut dalam fasa bearish.
Setakat artikel ini ditulis, harga saham Sernkou sedang berlegar-legar di paras sokongan yang baru iaitu pada paras RM0.645.

Sumber:
2. Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)

Sumber:
Kisah SCIB terdapat sedikit kelainan berbanding Sernkou. Sernkou membuat uptrend dan kemudian terhenti seketika dan membuat sideways sebelum membuat kenaikan terakhir sebelum jatuh kerana bonus issue. Bonus yang diberikan adalah 1 waran percuma bagi setiap 2 unit saham SCIB yang dimiliki.
Saham SCIB pula membuat uptrend yang cantik sejak Mac 2020 sehinggalah ex-date barulah saham ini terhenti dan membuat reversal.
Pelabur yang berjaya mengenal pasti bearish harami pada ex-date tersebut tentu berjaya mengambil keuntungan seawal yang mungkin.
SCIB membuat kejatuhan yang teruk sehingga mematahkan support pada RM1.66. Setakat artikel ini ditulis, SCIB sedang berada di paras support yang terkini.
3. JF Technology Berhad (JFTECH)

Sumber:
Bonus issue yang ditawarkan Jftech sangat menarik kerana bagi setiap unit saham yang dimiliki, pemegang saham ditawarkan 3 unit saham bonus beserta 2 waran percuma.
Siapa yang tak suka dengan tawaran menarik seperti ini. Betul tak?
Sumber: Malaysiastock.biz
Seperti yang dapat dilihat pada carta, RM1.20 merupakan paras sokongan bagi saham ini. Sebelum ini, RM1.20 merupakan paras rintangan JFTECH sebelum ia membuat breakout dan berjaya menuju ke paras harga di atas RM2.00.
Sama seperti Sernkou dan SCIB, JFTECH membuat kejatuhan selepas ex-date bonus issue.
Daripada tiga kajian kes ini, dapat dirumuskan bahawa saham cenderung untuk membuat kejatuhan selepas bonus issue diberikan.
Walaupun kita berniat untuk mendapatkan saham atau waran percuma, pelabur dinasihatkan agar tidak membeli saham tersebut apabila ia sangat hampir dengan ex-date. Sesetengah saham membuat kejatuhan yang teruk selepas ex-date, maka adalah tidak berbaloi sekiranya kita membeli saham tersebut untuk mendapatkan saham percuma tetapi saham tersebut tidak memberikan pulangan yang baik selepas diselaraskan harganya.
Sebagai seorang pelabur, kita juga perlu tahu apa yang dimaksudkan apabila syarikat bertindak melakukan Corporate Actions. Corporate Actions (CA) yang biasa adalah seperti: Bonus Issue, Share Split, Pemberian Dividen dan Rights Issue.
Kebiasaannya ia memberi impak kepada harga dan pergerakan saham tersebut.
Jadi, apa kita perlu buat?
Kena standby sebelum CA ini berlaku ke?
Buat julung kalinya, The Kapital membawakan sesi TUISYEN SAHAM bagi membantu anda mengulangkaji dengan lebih mudah. Kita akan fokus kepada 2 topik utama :
Waran (Warrant)
Corporate Action (Bonus Issue, Share Split, Dividen dan Rights Issue)



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)