VS catat keuntungan bersih sebanyak 475.8% untuk suku tahunan terkini
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat V.S Industry Berhad (VS).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang V.S Industry Berhad (VS) (6963)
V.S Industry Berhad (VS) merupakan syarikat dalam sektor industri yang merupakan penyedia kepada perkhidmatan pembuatan komponen elektronik bersepadu (EMS). Antara perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini adalah seperti:
- Membina, menyusun dan menjual produk elektronik
- Merekabentuk produk
- Pengurusan supply chain
VS kini mempunyai nilai pasaran berjumlah RM5.57 bilion dan harga semasa saham didagangkan setakat artikel ini ditulis adalah sekitar RM1.45 sesaham.
Jom kita kaji kaunter VS ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings VS
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: KLSE Screener
Pertumbuhan pendapatan bersih VS untuk suku terkini adalah yang tertinggi untuk lima suku tahunan terkini.
VS merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM73.38 juta, meningkat sebanyak 475.8% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Peningkatan ini dipercayai hasil daripada peningkatan permintaan produk mereka daripada luar negara.
A- Annual Earnings VS
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: KLSE Screener
Pendapatan bersih VS pada tahun 2020 menurun lebih daripada 25.0% kepada RM115,864 daripada jumlah sebelumnya iaitu RM157,544.
Penurunan ini dipercayai impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun lepas.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: Affin-Hwang Capital
Pada 19 April 2021, Affin Hwang telah memberi saranan untuk belian kepada saham VS dengan harga sasarannya kepada RM3.80 seunit.
Penilaian ini diberikan berdasarkan pertumbuhan jumlah pelanggan VS dan pendapatan syarikat yang dijagkakan akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2023.
Sumber: CGS-CIMB
Pada 17 Jun 2021, pihak CGS-CIMB juga memberikan saranan belian terhadap saham VS berdasarkan analisis teknikal pada saham ini. Sasaran harga terdekat saham VS adalah RM1.57 hingga RM1.70.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan akan menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham VS yang didagangkan adalah sebanyak 1.75 bilion unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian VS lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini.
Namun, data ini diambil satu jam selepas pasaran dibuka dan ianya tidak menggambarkan keadaan pasaran secara menyeluruh.
L- Leader and Laggard
Leader and laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham VS (Biru) puratanya adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks industri di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham VS boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah VS masih merupakan leader kepada sektor industri?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.
Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat VS, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
- Great Eastern Life Assurance Berhad
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Selain daripada itu,kebanyakan pelabur yang memiliki pegangan yang besar dalam VS terdiri daripada individu perseorangan .
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber: TradingView
Secara keseluruhannya, saham ini dilihat masih berada di fasa major uptrend. Namun arah kaunter VS dilihat sedang berada di fasa distribution dimana ianya mengekalkan harga sekitar RM1.20 sehingga RM1.50 seunit untuk beberapa bulan terkini.
Arah pasaran yang baik adalah arah pasaran major uptrend iaitu apabila potensi keuntungan akan melebihi potensi kerugian.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham Pharmaniaga
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)