Kadar inflasi meningkat dengan cepat sejak 2008 kepada 4.2% pada April 2021
Inflasi bermaksud kenaikan harga sesuatu barang sepanjang masa secara persistent. Inflasi ini hanya berlaku jika kenaikan harga kebanyakan barangan pengguna meningkat secara konsisten.
Kenaikan inflasi ini akan menghakis kuasa membeli pengguna. Jika dulu kita menikmati nasi lemak bungkus dengan harga RM0.50 sahaja, hari ini nasi lemak yang sama berharga RM2.00 sebungkus.
Inflasi ini pula terdiri daripada pelbagai jenis dan setiap jenis membawa makna yang berbeza. Antara jenis inflasi adalah seperti:
- Hyperinflation
- Disinflation
- Deflation
Pengiraan kadar inflasi ini adalah dengan menggunakan price index atau indeks harga sebagai kayu pengukur. Price index mengukur purata harga barang yang telah ditetapkan di dalam basket of good atau bakul barang dan perkhidmatan.
Pengiraan kadar inflasi ini juga dikenali sebagai Consumer Price Index(CPI) yang digunakan oleh kebanyakan negara. Setiap negara pula akan mempunyai basket of good yang berbeza-beza mengikut negara.
Antara kumpulan barangan yang termasuk dalam pengiraan CPI di Malaysia adalah seperti gambar dibawah.
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia
Kumpulan barangan ini hampir sama untuk setiap negara tetapi ianya berbeza daripada jenis-jenis barangan penggunaan negara masing-masing.
Sumber: CNBC
Data Consumer Price Index di Amerika Syarikat pada April lalu mengejutkan dunia dengan kenaikan yang begitu tinggi kepada 4.2%. Ianya adalah kenaikan yang sangat cepat yang pernah direkodkan sejak tahun 2008.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Di Malaysia pula, data CPI yang terkini dicatatkan pada April 2021 sebanyak 4.7% dan ianya merupakan antara yang tertinggi pernah dicatatkan sejak tahun 2018.
Kenaikan kadar inflasi ini sangat meresahkan kita semua dikala kenaikan gaji yang tidak seberapa, namun terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang yang melampau.
Sebagai pelabur pula, bagaimana caranya untuk kita mengatasi masalah kenaikan kadar inflasi ini?
Atasi Kenaikan Inflasi Dengan Teknik Hedging
Dalam dunia pelaburan, wujud satu kaedah yang dinamakan sebagai hedging yang digunakan oleh pelabur untuk menjaga nilai aset pelaburan mereka dan mengurangkan pendedahan kepada risiko menyeluruh dalam sesuatu pelaburan.
Salah satu contoh hedging yang sangat terkenal adalah dengan membuat pembelian dua arah berbeza untuk sesuatu aset pelaburan.
Contohnya adalah dengan membeli satu saham induk dengan jangkaan kenaikan harga saham ini, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga pelabur juga membeli put option kepada saham induk tadi untuk mengurangkan risiko kerugian jika harga saham tadi jatuh.
Cara ini tidak sesuai kepada pelabur muslim kerana instrumen pelaburan put atau call option adalah instrumen pelaburan yang tidak patuh syariah.
Satu lagi kaedah hedging yang digunakan pelabur adalah dengan membeli saham berkaitan sarung tangan getah ketika kes pesakit Covid-19 meningkat dengan harapan harga saham berkenaan akan meningkat.
Tetapi sebagai langkah berhati-hati dengan penemuan vaksin untuk wabak Covid-19 ini, pelabur tadi juga membeli sedikit saham berkaitan vaksin untuk mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi.
Tetapi bagaimana pula caranya pelabur boleh menggunakan kaedah hedging dalam pelaburan mereka untuk mengatasi belenggu kenaikan kadar inflasi ini?
Wujudkah instrumen pelaburan atau saham yang berkaitan sektor tertentu yang dapat membantu pelabur untuk mengatasi kadar kenaikan inflasi ini?
Ketahui cara yang lebih lanjut di dalam Webinar Hedge Inflation edisi Wall Street.
Elak Kesan Inflasi Terhadap Saham Global Dengan Hedge Inflation
Ramai pelabur mula melabur kerana ingin menambahkan pendapatan. Ya, melabur boleh menambahkan pendapatan tetapi adakah melabur kalis kepada inflasi?
Kadar inflasi tidak menentu. Bayangkan dulu harga teh tarik di mamak hanya RM1.00 secawan. Sekarang, harga teh tarik yang sama mencecah RM2.20 secawan
Jika kita tidak melakukan apa-apa, inflasi bakal ‘menelan’ kita. Tujuan untuk menambah pendapatan pun sia-sia.
Dalam pelaburan saham, ada satu teknik yang dinamakan Hedging. Teknik ini membantu mengurangkan risiko pergerakan saham yang merugikan.
Nak elakkan kesan inflasi dalam pelaburan saham?
Haa! Khas buat mereka yang melabur saham di Wall Street.
Webinar Hedge Inflation bersama Tuan Mukhriz Mangsor akan merungkai dengan lebih lanjut.
Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati di : https://thekapital.my/hedgeinflation




